Rusia 2018 : Perancis Miliki Ramuan Sempurna Ulangi Kegemilangan 1998

Bekas penyerang atarabangsa Perancis, David Trezeguet yakin Perancis mampu menjuarai Piala Dunia di Rusia selepas kali terakhir berjaya melakukannya  pada 20 tahun yang lalu.

Trezeguet turut menilai skuad Les Blues kali ini amat berbeza berbanding sebelumnya dan memiliki kemampuan untuk mencipta kejutan di Rusia nanti.

Perancis yang kini dibimbing oleh Didier Deschamps merupakan pasukan yang mempunyai limpahan pemain bintang terkenal dan beraksi bersama kelab-kelab besar di Eropah.

Antaranya ialah Paul Pogba, Antoine Griezmann, N’Golo Kante, Kylian Mbappé, Raphaël Varane, Nabil Fakir dan juga Ousmane Dembele.

“Saya fikir mereka (Perancis) memiliki segalanya untuk menjadi calon pasukan yang bakal menjuarai Piala Dunia 2018. Mereka telah membuktikan kekuatan mereka sebelum ini.” ujar Trezeguet dalam satu temubual bersama Omnisport.

Tambahanya lagi: “Secara peribadi, saya berpendapat skuad ini merupakan skuad berkelas dunia. Perancis mempunyai pengurus terbaik serta adunan pemain berpengalaman dan muda. Saya yakin Perancis memiliki segalanya untuk bergelar juara.”

Dalam temubual berkenaan, Trezeguet turut tidak menafikan persaingan hebat akan berlaku di rusia nanti.

“Sudah tentu ia satu kejohanan yang sangat sukar dan pasukan lain juga bercita-cita tinggi, tetapi saya fikir Perancis mampu menghadapinya.”ujarnya.

Apa yang dimiliki Perancis pada hari ini akan meresahkan pasukan lawan. Perancis memiliki ramai pemain bintang, sehingga menyebabkan Deschamps sendiri mengalami kesukaran untuk membuat pilihan terbaiknya.

(Photo by Dean Mouhtaropoulos/Getty Images)

“Deschamps mempunyai banyak pilihan. Apabila anda melihat prestasi para pemain, anda akan mengingati apa yang mereka lakukan ketika bersama kelab mereka. iIni jelas merupakan pilihan yang sukar dibuat.”

“Secara peribadi, saya berpendapat bahawa terdapat beberapa pilihan yang menarik untuk dibuat. Beliau pasti akan mencari pemain yang tepat untuk kempen Piala Dunia nanti.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN