Hugo Lloris Percaya Paul Pogba Sudah Matang Untuk Jadi Pemimpin Buat Pasukan

Penjaga gol utama Perancis, Hugo Lloris menyifatkan bahawa rakan senegaranya, Paul Pogba kini bukan lagi memegang status sebagai seorang pemain muda.

Lloris turut berpendapat Pogba yang kini berusia 25 tahun perlu melangkah dengan berperanan sebagai seorang pemimpin buat pasukan.

Pemain bernilai £89 juta itu menjadi sandaran utama buat skuad kebangsaan Perancis dalam saingan Piala Dunia yang akan bermula pada pertengahan bulan ini.

Dengan kualiti yang dimilikinya, Pogba bakal menjadi tumpuan dunia untuk menyinar bagi membawa cabaran Perancis yang diletakkan bersama-sama Denmark, Australia dan Peru dalam kumpulan C.

”Paul (Pogba) bukan lagi seorang pemain muda,” jelas Lloris bercakap kepada wartawan.

RIO DE JANEIRO, BRAZIL – JULY 04: Paul Pogba (L) consoles Antoine Griezmann of France as goalkeeper Hugo Lloris looks on during the 2014 FIFA World Cup Brazil Quarter Final match between France and Germany at Maracana on July 4, 2014 in Rio de Janeiro, Brazil. (Photo by Julian Finney/Getty Images)

”Dia telah mengumpul pengalaman di kelabnya dan juga ketika bersama skuad kebangsaaan.”

”Dia memiliki banyak bakat dan label itu telah melekat dengannya sejak dari mula. Dia telah menikmati musim yang sangat baik walaupun orang ramai masih membahaskan mengenainya.”

”Sebagai pemain dan juga peminat bola sepak, saya merasakan dia telah melalui musim yang sangat baik.”

”Dia mempunyai keinginan untuk menyinar bersama skuad kebangsaan Perancis. Adakah dia akan menjadi ‘boss’? Itulah kata yang kuat mengenainya tetapi seorang ‘pemimpin’ adalah apa yang diharapkan daripadanya di dalam dan di luar padang.”

”Dia telah mencapai tahap kematangan dan dia mahu untuk melakukan yang terbaik. Tetapi ia juga penting baginya untuk fokus terhadap prestasi individunya. Itu adalah jalan yang terbaik untuk kepimpinan melalui teladan.”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN