Guatemala Kini Bebas Daripada Hukuman Penggantungan FIFA

Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) telah menarik kembali hukuman penggantungan yang dikenakan ke atas Guatemala, 18 bulan lalu berikutan kegagalan negara itu mematuhi peraturan anti-rasuah.

Hukuman tersebut telah menghalang pasukan Guatemala daripada menyertai sebarang pertandingan peringkat antarabangsa seperti Piala Emas, Sukan Amerika Tengah dan Liga Juara-Juara CONCACAF.

“FIFA hari ini telah menarik kembali hukuman penggantungan yang dikenakan ke atas Persekutuan Bola Sepak Guatemala (Fedefut),” kata Fedefut dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Badan induk bola sepak itu berkata, keputusan tersebut dibuat selepas menerima surat daripada Juan Carlos Rios yang mengetuai Jawatankuasa Normalisasi yang dilantik FIFA bagi mengawasi Fedefut.

“Penggantungan itu telah ditarik kembali dengan kadar segera dan hak selaku anggota FIFA juga dikembalikan semula kepada Fedefut. Ini merupakan hari yang gembira buat kami,” kata Rios dalam sidang akhbar.

FIFA menjatuhi hukuman ke atas Guatemala pada Oktober 2016 setelah mereka gagal memberi kuasa kepada Jawatankuasa Normalisasi ekoran skandal rasuah antarabangsa yang menggegar sukan bola sepak dunia.

Bekas Setiausana Agung Fedefut, Hector Trujillo yang merupakan individu pertama berjaya disingkirkan telah dihukum penjara selama lapan bulan oleh hakim di New York pada Oktober lalu kerana terlibat di dalam kes penipuan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN