Jersi Skuad Piala Dunia Iceland Ada Elemen Itali

Skuad kebangsaan Iceland akan membawa elemen Itali ke Piala Dunia di Russia apabila bertanding dalam pusingan akhir pertama mereka dengan jersi dibekalkan pengeluar pakaian sukan Itali – Errea.

Syarikat tekstil milik keluarga berpangkalan di Parma itu kali pertama diketengahkan di pasaran dunia yang sebelum ini didominasi syarikat gergasi pakaian sukan Nike, Adidas atau Puma.

Tampil dengan warna biru dan merah di lengan serta putih di kolar, jersi Iceland seperti juga bendera negara itu kelihatan di premis Errea di San Polo di Torrile, di pinggir bandar Parma.

Itali, juara dunia empat kali yang ditaja syarikat Jerman, Puma gagal menempah tiket ke Russia.

Errea adalah singkatan R dan A iaitu Rosanna dan Angelo Gandolfi, iaitu pengasas syarikat itu dan anak mereka, Roberto dan Annalisa, yang kini mengendalikan syarikat itu.

Dengan 140 kakitangan di San Polo dan lebih 1,000 orang keseluruhan serta perolehan tahunan 57 juta euro (RM262.4 juta), Errea ternyata bukan sebuah perniagaan kecil-kecilan.

Jersi mereka dipakai pasukan bola tampar Perancis, kelab Serie B Pescara dan Parma, Queens Park Rangers di England, serta kelab ragbi Perancis, Agen dan Perpignan.

Kerjasama di antara Errea dan Iceland yang berlanjutan sehingga 2020, bermula pada 2002.

Ketika itu, kisah negara pulau Nordic dengan 330,000 pendududuk temasuk 20,000 pemain berlesen dan 100 pemain profesional, bertanding di Piala Dunia hanya satu dongeng.

“Ia sebuah negara yang kecil, memang betul tetapi saya ke sana pada 2004 untuk perlawanan persahabatan menentang Itali. Tugas pertama Marcello Lippi sebagai jurulatih dan Itali tewas 0-2,” kata Roberto, selaku Naib Presiden Errea.

“Kami melihat mereka mempunyai projek profesional yang serius terhadap sukan itu dan inilah hasilnya. Ia keputusan yang hebat kerana Iceland adalah negara terkecil layak ke Piala Dunia.

“Dengan kempen Euro 2016 yang cemerlang di Perancis ia memberikan imej terbaik untuk pasukan dan peminat mereka.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN