Baru satu musim bintang sensasi dunia, Neymar beraksi di Perancis, sudah banyak gosip perpindahan mengenai pemain Paris Saint-Germain (PSG) ini bagi melangkah pergi meninggalkan kelab tersebut pada jendela perpindahan musim panas nanti.
Sudah pastinya nama juara Liga Juara-Juara Eropah 13 kali, Real Madrid sering kedengaran di dada akhbar yang dikatakan cukup berminat untuk memancing pemain berusia 26 tahun itu.
Bagi bekas rakan sepasukan yang kini telah dilantik menjadi jurulatih skuad B-19 PSG, Thiago Motta, penghijrahan ke Real Madrid tidak akan memberikan cabaran buat Neymar di Santiago Bernabeu.
”Saya merasakan dia (Neymar) mampu untuk membuat keputusannya sendiri. Saya mungkin salah, sudah tentu, tetapi itulah yang saya melihatnya.”
”Bagi saya, dia akan kekal di PSG musim hadapan. Kami mendengar tentang Real Madrid, tetapi apa yang dia boleh lakukan?
”Real baru sahaja memenangi kejuaraan ketiga berturut-turut dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL),” jelas Motta bercakap kepada Le Parisien.
”Apa yang akan menjadi cabaran buat dirinya (sekiranya berhijrah ke Real Madrid)? Jika dia mahu saya untuk memberikan nasihat, saya akan meminta dia untuk tidak ke pergi kesana.”
”Cabaran sebenar untuk Neymar adalah memenangi UCL bersama dengan PSG.”
”Neymar perlu gembira di padang. Apabila semuanya berjalan dengan baik, dia akan tersenyum, menari, memainkan muzik dan tiga jam yang kami habiskan bersama-sama dalam sesi latihan.”
”Tetapi kadangkala saya melihat ketika dia sampai pada waktu pagi dan berkata kepada saya,’ oh, ia akan menjadi sukar pada hari ini.”
”Ini boleh dikaitkan dengan kehidupan pribadinya, terhadap apa yang dia makan ketika sarapan pagi. Tetapi apa yang berlaku tanpa disedari, di rumah ia dilihat dengan segera kerana setiap orang telah memberi perhatian kepadanya. ”