Media Britain melaporkan kelab gergasi Itali, Juventus dijangka memuktamadkan perjanjian membawa pemain pertahanan Manchester United, Matteo Darmian ke Turin dalam tempoh tujuh hari lagi.
Selain itu, juara Serie A musim ini juga berharap mampu untuk terus mengekalkan pemain pertahanannya, Alex Sandro dengan menawarkan kontrak baharu selepas pemain tersebut menjadi buruan United ketika ini.
Juventus are hopeful of securing an £11.5m deal with Manchester United for out-of-favour defender Matteo Darmian. (Source: Mail on Sunday) pic.twitter.com/O8KIH97hZj
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) May 27, 2018
Juventus dilaporkan membayar sebanyak £10 juta (RM52.95 juta) sebagai yuran perpindahan Darmian yang telah menghabiskan masa selama tiga musim di Old Trafford.
Darmian tiba di United dengan bayaran perpindahan sebanyak £13 juta (RM68.83 juta), namun selepas beraksi dalam 32 perlawanan ketika United di bawah kendalian Louis van Gaal, dia kerap memanaskan bangku simpanan selepas Jose Mourinho dilantik sebagai pengurus baharu kelab itu.
https://twitter.com/FabrizioRomano/status/999680149783277569
Mourinho sebelum ini memberitahu, Darmian dan rakan sepasukannya, Daley Blind masih dalam perancangannya untuk musim depan tetapi kelab itu bersedia untuk mendengar sebarang tawaran daripada mana-mana pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat kedua-dua mereka.
“Apabila ada pemain yang mahu meninggalkan kami, kelab ini sedia mendengar sebarang tawaran yang hadir. Kami tidak mahu pemain berada di sini dalam keadaan mereka tidak gembira.
“Jika kegembiraan itu bermaksud mereka perlu meninggalkan kami, kita akan lihat apa yang akan berlaku. Namun, mereka masih dalam perancangan, saya tidak mahu menjualnya dan mahu mereka kekal di sini,” jelas Mourinho.
Juventus sebelum ini memantau perkembangan Darmian sejak beberapa musim lalu. Jendela perpindahan kali ini dianggap tempoh terbaik untuk mereka mendapatkan pemain berusia 28 tahun itu.