Situasi di Kelantan kini semakin sukar.
Bekas pemain Kelantan, Hashim Mustapha menyifatkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) iaitu Bibi Ramjani Ilias Khan kini hanya takut dengan bayang-bayang beliau sendiri.
Hasil dari ketakutkan ini menurut beliau, telah menyebabkan Bibi mengambil beberapa keputusan drastik yang memberikan impak negatif kepada pasukan Kelantan.
Bibi sebelum ini mengatakan terdapat komplot dalaman yang ingin menghancurkan KAFA dari dalam.
“Saya tidak nampak ada pihak yang ingin cuba melakukan sabotaj terhadap KAFA seperti yang Bibi katakan.”
“Jika benar ada, siapa dan untuk apa mereka lakukan sedemikian?”
Menurut laporan Berita Harian, Hashim turut mendakwa Bibi berkata sedemikian hanyalah untuk menutup kelemahan diri beliau sendiri.
Kelantan mengalami beberapa perubahan drastik selepas kemasukan jurulatih baharu iaitu Fajr Ibrahim.
Antaranya, dua ikon utama pasukan Kelantan iaitu Khairul Fahmi Che Mat dan juga Badhri Radzi disingkirkan dari pasukan Pantai Timur itu.
Hashim turut mempersoalkan tindakan Ibrahim yang hanya mahu menurunkan seorang sahaja pemain import dalam satu-satu perlawanan sahaja.
“Saya sebagai bekas pemain beranggap tindakan Kelantan melepaskan Khairul Fahmi, Badhri Radzi dan Norfarhan Mohamad adalah tidak kena pada waktunya.”
“Kenapa Fajr Ibrahim hanya mainkan seorang sahaja pemain import? Sedangkan kita ada 2 lagi pemain import dalam pasukan.”
Hashim berharap dengan tiadanya pemain senior dalam pasukan, para pemain import akan mara ke depan untuk membimbing pemain muda Kelantan ketika ini.