Lionel Messi: Barcelona Akan Menjadi Satu-Satunya Kelab Saya Di Eropah

Bintang Barcelona, Lionel Messi telah ‘menghambakan’ karier profesionalnya bersama kelab Catalan itu sejak 14 tahun yang lalu.

Sepanjang bersama Barcelona, terlalu banyak kejayaan kelab dan peribadi telah dikecapi pemain berusia 30 tahun ini.

Berikutan itu, Messi mendedahkan bahawa hanya Barcelona merupakan satu-satunya kelab di Eropah yang akan disertai dalam karier bola sepak beliau.

Kenyataan itu sudah pasti menutup ruang buat mana-mana pasukan gergasi di Eropah yang berhajat untuk mendapatkan khidmat pemenang lima anugerah Ballon d’Or ini.

Bagaimanapun, Messi menyimpan cita-cita untuk kembali ke Argentina bagi menabur bakti buat kelab di zaman kanak-kanaknya iaitu Newell’s Old Boys.

Messi aktif ketika zaman kanak-kanaknya bersama kelab yang berpangkalan di Rosario itu sebelum berhijrah ke Sepanyol pada usia 13 tahun.

Sejak berada di Akademi La Masia, Messi tidak memandang ke belakang untuk mengecapi apa yang telah dimilikinya ketika ini.

Messi
BUENOS AIRES, ARGENTINA – MAY 27: (L-R) Angel Di Maria, Lionel Messi and Javier Mascherano look on during a training session open to the public as part of the team preparation for FIFA World Cup Russia 2018 at Tomas Adolfo Duco Stadium on May 27, 2018 in Buenos Aires, Argentina. (Photo by Marcelo Endelli/Getty Images)

Dalam satu temubual bersama stesen televisyen Argentina, El Trece Lionel Messi mengulas mengenai masa depannya:

”Ia semakin jelas bahawa Barcelona akan menjadi satu-satunya kelab saya di Eropah.”

”Selepas itu, saya selalu mengatakan bahawa saya mahu bermain bola sepak di Argentina tetapi saya tidak pasti ia akan berlaku. Saya memikirkan perkara itu.”

”Saya suka untuk melaluinya (beraksi untuk Newell’s Old Boys), sama ada untuk enam bulan atau beberapa perlawanan, tetapi saya tidak tahu. Tiada siapa yang tahu.”

”Impian saya adalah bermain untuk Newell’s ketika kanak-kanak, menyaksikan perlawanan bersama ayah, abang dan rakan-rakan saya.”

”Selepas itu, perubahan dalam kehidupan telah membawa saya ke tempat lain tetapi saat itu masih bermain di minda saya.”

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN