Trivia: 7 Fakta Menarik Piala Dunia 1966, Edisi Penuh Drama & Misteri

Penganjuran Piala Dunia 1966 telah diadakan di England. Kejohanan berlangsung daripada 11-30 Julai dan menyaksikan buat pertama kali England menjadi juara di halaman sendiri.

Disifatkan sebagai edisi Piala Dunia yang penuh dengan drama, kami senaraikan 7 perkara yang wajib anda tahu mengenai Piala Dunia edisi 1966.

1. Trofi Jules Rimet Hilang

A police officer shows off the Jules Rimet trophy to the assembled press after it was discovered in a suburban street by a small dog called Pickles

England FA berdepan situasi cemas dua bulan sebelum bermulanya kejohanan apabila trofi Jules Rimet hilang secara misteri daripada bilik pameran di Methodist Central Hall London, Westminster.

Ketika itu keadaan panik menyelubungi tuan rumah kerana kes kehilangan trofi tersebut pasti akan mengaibkan tuan rumah sebagai penganjur.

Bagi berdepan situasi cemas tersebut, Setiausaha England FA ketika itu, Daniel Follows telah mengupah seorang penempa barangan perak, George Bird untuk mengukir sebuah replika mirip trofi Jules Rimet.

Tujuannya ialah untuk mengaburi pandangan umum dan merahsiakan sementara insiden kehilangan misteri berkenaan

Akhirnya, seekor anjing yang bernama Pickles bersama pemiliknya, David Corbett menemukan trofi yang hilang itu di sekitar kediaman mereka di Norwood, Selatan London dan mengembalikannya semula kepada pihak berkuasa.

Misteri Kehilangan Trofi Piala Dunia 1966, David Corbett & Anjing Bernama Pickles

2. Maskot rasmi Piala Dunia diperkenalkan buat kali pertama


Dalam setiap edisi Piala Dunia, pengenalan maskot semestinya menjadi hal yang ditunggu-tunggu oleh seluruh peminat bola sepak.

Pada tahun 2014, seekor armadillo yang diberi nama  Fuleco telah menjadi maskot rasmi Piala Dunia yang berlangsung di Brazil.

Sementara untuk kejohanan yang akan diadakan di Rusia nanti, maskot rasminya bernama Zabivaka iaitu seekor serigala putih.

Namun, tahukah anda, sejarah pemilihan maskot untuk setiap kejohanan Piala Dunia bermula pada tahun 1966.

FIFA dengan kerjasama England FA telah memperkenalkan World Cup Willie yang berupa seekor singa.

Singa dipilih kerana ianya adalah lambang kerajaan United Kingdom.

World Cup Willie memakai jersi Union Flag yang tertera tulisan “WORLD CUP”.

Info tambahan : “World Cup Willie” dicipta oleh Reg Hoye, yang diapdatasikan dari beberapa buku hasil karya penulis terkenal, Enid Blyton

3. Seluruh negara Benua Afrika memboikot Piala Dunia 1966


Selain kes kehilangan trofi Jules Rimet, Piala Dunia 1966 turut terpalit dengan isu kontroversi yang lain.

Piala Dunia 1966 menyaksikan pasukan dari Benua Afrika telah memboikot kejohanan tersebut.

Afrika memboikot kejohanan tersebut dengan alasan kerana tidak berpuas hati dengan peraturan kelayakan yang ditetapkan oleh FIFA untuk pasukan dari benua tersebut.

Ini berikutan FIFA menetapkan wakil Afrika wajib beraksi di perlawanan play-off menentang wakil Asia. Afrika berpendapat mereka selayaknya mendapat satu slot automatik pada ketika itu.

Akhirnya, 16 negara dari Afrika sepakat menyatakan untuk menarik diri dari pusingan kelayakan.

4. Tercetusnya idea kad merah dan kuning

Pada perlawanan peringkat suku akhir di antara tuan rumah England menentang Argentina, Rudolf Kreitlein dan Ken Aston telah ditugaskan untuk mengadili perlawanan tersebut.

Kapten Argentina, Antonio Rattin telah diarahkan untuk keluar dari padang oleh Kreitlein diminit ke-35 perlawanan kerana melakukan terjahan keras terhadap pemain England.

Rattín pada mulanya enggan untuk meninggalkan padang. Beliau memberi alasan bahawa dirinya tidak faham dengan format “arahan keluar padang” sepertti apa yang dimaksudkan oleh Kreitlein.

Salah faham yang berlaku ketika itu memaksa beberapa pegawai FIFA dan Aston turut masuk campur dalam hal ini.

Perlawanan terpaksa dihentikan beberapa minit bagi memberi masa buat mereka untuk memperjelaskan situasi tersebut kepada Rattín dan pihak pengurusan Argentina.

Sebelum ini, isu yang sama pernah berlaku di Piala Dunia 1962 yang melibatkan perlawanan diantara pasukan Chile dan Itali (Battle of Santiago).

Dua kejadian tersebut telah memberi inspirasi buat Ken Aston untuk menambah baik sistem pengadilan. Dalam perlawanan, pengadil serta pemain perlu memiliki cara berkomunikasi dengan mudah agar dapat difahami oleh semua orang.

Sejarah Kad Kuning & Kad Merah Dalam Bola Sepak

5. Kejutan Korea Utara

The North Korean footballers mobbed by supporters after their surprise 1-0 defeat of Italy in their 1966 World Cup Finals match at Ayresome Park, Middlesborough. Second from left is the man who scored the vital goal – Pak Doo Ik.

Pada Piala Dunia 1966, Korea Utara telah membuat kejutan menjadi salah satu pasukan “underdog” yang berjaya melangkah sehingga ke peringkat suku akhir.

Tidak siapa sangka, Korea Utara mampu menewaskan Itali di peringkat kumpulan sekaligus berjaya menyingkirkan juara Piala Dunia dua kali itu.

Gol kemenangan dari Park Doo-Ik berjaya membantu pasukannya menewaskan Itali dengan kemenangan tipis 1-0 dalam perlawanan akhir peringkat peringkat kumpulan yang diadakan di Ayresome Park, Middlesborough.

Kekalahan tersebut telah memberi tamparan hebat buat skuad Gli Azzurri yang diperkuatkan dengan ramai pemain bintang seperti Gianni Rivera, Sandro Mazzola, dan Giancinto Facchetti.

Malangnya, langkah Korea Utara akhirnya terhenti di peringkat suku akhir selepas tewas 5-3 kepada Portugal.

Info tambahan : Piala Dunia 1966 merupakan penampilan pertama bagi skuad Korea Utara dalam kejohanan kompetitif tersebut sejak persatuan bola sepak kebangsaan negara itu diasaskan pada tahun 1945.

6. Empat pasukan dari Eropah layak ke separuh akhir


Piala Dunia 1966 turut menyaksikan kuasa Eropah mendominasi kejohanan tersebut.

Empat pasukan telah berjaya melangkah ke peringkat suku akhir iaitu England, Jerman, Portugal, dan Soviet Union(Rusia).

Perlawanan akhir mempertemukan pasukan England dan Jerman yang diadakan Stadium Wembley.

England menang bergaya 4-2 menewaskan Jerman yang menyaksikan pemain tuan rumah, Geoff Hurst melakukan hatrik.

Ia merupakan hatrik pertama dalam sejarah perlawanan akhir Piala Dunia.

Info tambahan : England merupakan negara ketiga yang berjaya menjuarai Piala Dunia dilaman sendiri selepas Uruguay(1930) dan Itali(1934)

7. Rekod kehadiran penonton tertinggi


Ternyata, tragedi kehilangan trofi Jules Rimet telah mendapat perhatian dan liputan luas di media tempatan dan antarabangsa.

Sekaligus ianya berjaya menarik minat ramai orang untuk menyaksikan edisi kejohanan yang berlangsung di serata England selama 20 hari itu.

Piala Dunia 1966 juga berjaya mencatatkan rekod jumlah kehadiran penonton tertinggi dalam tempoh 28 tahun iaitu 1.5 juta penonton, sebelum rekod itu diatasi oleh penganjuran Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat dengan 3.5 juta penonton keseluruhan.

Penutup

Anda mempunyai trivia menarik lain untuk dikongsikan? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.

kami mahu mendengarnya.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN