Rusia 2018: Deschamps Anggap Rabiot Buat Kesilapan Besar

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps mengesahkan bahawa berita surat penolakan oleh Rabiot untuk dikeluarkan daripada senarai pasukan simpanan.

Deschamps menganggap ia satu kesilapan besar oleh pemain tersebut. Deschamps mengenepikan Rabiot dan memilih N’zonzi untuk mewakili Perancis dalam Piala Dunia.

Pemain Paris St-Germain tersebut dilihat berkecil hati ketika diminta menjalani latihan sebagai pemain simpanan. Rabiot adalah pemain deep-lying playmaker dalam pasukan PSG.

Dan Deschamps mengakui prestasi Rabiot dengan Perancis dan PSG sangat berbeza. Bercakap kepada sidang media, Deschamps berkata:

“Saya sudah lihat isi kandungan surat itu dan sudah tentunya ia ditandatangani oleh Adrien.”

“Saya hubungi dia mengesahkan sama ada beliau adalah orang yang menghantar surat tersebut? Dia enggan menjawab. Saya berjaya mendapatkan pengesahan itu daripada pengurus pasukan Perancis.”

“Ketika sedang dalam proses itu, saya memberitahu Presiden pasukan kebangsaan tentang kandungan surat tersebut. Saya juga memberitahu Presiden PSG tentang perkara itu kerana beliau adalah pemain PSG.”

“Sudah tentunya saya terkejut dengan perkara seperti ini. Saya faham kekecewaan beliau, dan kesedihan beliau, tetapi kenapa sampai mengambil langkah seperti ini?”

“Kita bercakap tentang pemain muda yang berada dalam kelompok pasukan Perancis. Beliau telah menolak untuk bersama-sama dengan pasukan ini.”

“Saya berharap dia matang dalam menangani keputusan seperti ini. Saya nak jelaskan yang dia telah melakukan kesilapan besar melakukan perkara seperti ini.”

“Dia menolak untuk status dia sebagai pemain simpanan, enggan mengikuti program. Adakah satu masalah untuk dipanggil sebagai pemain simpanan?”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN