Kemaraan Liverpool ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah memberi motivasi tambahan kepada bintang pasukan itu, Mohamed Salah untuk lebih fokus untuk membantu pasukannya merangkul trofi berbanding gelaran individu yang boleh dimilikinya musim ini.
Kali terakhir Liverpool menentang Real Madrid, bekas pengurus The Reds, Brendan Rodgers menurunkan pemain pilihan kedua sehinggakan tidak mungkin kelab Inggeris paling berjaya di pentas Eropah itu mampu bersaing dengan pasukan yang menggelarkan diri mereka sebagai Raja Eropah.
Perlawanan tersebut menyaksikan Madrid menang 1-0 di Santiago Bernabeu pada malam November 2014, dua minggu selepas Liverpool menerima kekalahan terbesar di laman sendiri dalam pentas Eropah setelah kecundang 3-0.
Begitu pun, selepas tiga tahun dan enam bulan, Jurgen Klopp membawa perubahan kepada juara Eropah lima kali itu selain menaruh kepercayaan bahawa The Reds layak untuk berada di pentas akhir Liga Juara-juara di mana mereka sekali lagi bertemu Real di Kiev, Sabtu ini.
“Banyak perkara berlaku sejak saya menyertai kelab ini namun perubahan terbesar adalah bagaimana peminat berubah sekiranya mereka menyukai pasukan ini.
“Perkara itu banyak membantu. Pemain layak untuk aksi final ini. Mereka menghadapi musim yang luar biasa, sentiasa berusaha ke arah lebih baik namun ini kejayaan yang besar berbanding tahun lalu,” katanya seperti dipetik dalam BBC Sports.
Klopp mengakui selepas menyingkirkan juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City dengan kemenangan agregat 5-1 dalam suku akhir, masa semakin suntuk untuknya menghadiahkan satu trofi dalam tempoh empat tahun bersama Liverpool.
Sementara itu, selepas pertemuan terakhir mereka, skuad kendalian Zinedine Zidane telah memenangi dua trofi Liga Juara-juara, La Liga, dua Piala Dunia Kelab dan dua Piala Super Eropah.
Namun, keyakinan mula menyelubungi Anfield apabila Liverpool mampu bersaing dengan kelab elit Eropah – dan Klopp memperbaharui kontraknya hingga 2022.
“Ini boleh menjadi permulaan yang istimewa di bawah Kloop, dia jurulatih bertaraf dunia,” kata bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard.