Chelsea mendapat tajaan jersi bernilai 40 juta pound setahun daripada syarikat Yokohama. Nilai tajaan ini dua kali ganda lebih banyak berbanding tajaan yang dilakukan oleh Samsung sebelum ini.
Persoalannya sekarang, bagaimana Chelsea pikat CEO bakal penaja jersi mereka?
Apabila Chelsea perlu meyakinkan CEO penaja baru mereka, Chelsea sedar yang keputusan tersebut tidak boleh berdasarkan logik sahaja. Chelsea perlukan sesuatu yang boleh menyentuh emosi prospek mereka.
Bagaimana Chelsea Lakukannya?
Hantar beg khas kepada setiap CEO yang mengandungi jersi dan juga pingat EPL.
Dalam beg khas tersebut, Chelsea sediakan satu video pendek bagaimana pengalaman unik yang bakal dirasai oleh CEO jika syarikat mereka menaja pasukan Chelsea.
Daripada pengalaman diserbu peminat semasa ingin masuk ke stadium.
Bagaimana rasanya berada dalam sidang media Chelsea untuk umumkan perjanjian penajaan. Siap tandatangan dalam kontrak tersebut mengikut tandatangan CEO tersebut. Fuh!
Mereka juga diberikan gambaran bagaimana potrait mereka akan diletakkan di Chelsea.
Dan juga gambaran bagaimana logo syarikat mereka di jersi Chelsea.
Video tersebut juga menunjukkan bagaimana situasi di dalam stadium sebelum sepak mula dan bagaimana rupa jersi Chelsea dengan nama CEO tertera di belakangnya.
Dalam video terbabit juga menunjukkan bagaimana perasaannya untuk menjadi sebahagian daripada pasukan juara Chelsea.
Ini video penuh bagaimana Chelsea pikat CEO bakal penaja jersi mereka:
https://www.youtube.com/watch?v=sOOj0dUBDAM
Baca juga: 4 Sebab Mengapa Bilik Persalinan JDT Impian Setiap Pemain Bola Sepak