MSL 2018: Dua Jaringan Tchetche Kipre Bantu Terengganu FC Kecewakan Perak

Terengganu

Terengganu FC mencipta kemenangan kelima dalam saingan unifi Liga Super Malaysia 2018 selepas berjaya menundukkan Perak 2-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu sebentar tadi.

Separuh masa pertama

Beraksi pada perlawanan pertama di malam bulan Ramadan memperlihatkan kedua-dua pasukan begitu mencari rentak permainan sebenar mereka.

Tidak banyak yang dapat diperkatakan mengenai corak permainan pada babak pertama dengan serangan yang dilancarkan skuad anak buah Irfan Bakti Abu Salim dan Mehmet Durakovic begitu hambar.

Perak tampak begitu terkesan dengan ketiadaan tiga tonggak utama mereka iaitu Gilmar Jose Da Silva Filho, Amirul Azhan Aznan dan Nazirul Naim Che Hashim yang disisihkan akibat kecederaan.

Di sebalik aksi kurang menarik pada separuh masa pertama, tuan rumah masih berupaya untuk mencipta jaringan pembukaan menerusi sepakan penalti.

Sepakan tersebut dihadiahkan oleh pengadil perlawanan, Razlan Jofri Ali selepas pertahanan kiri Perak, Rafiuddin Roddin melakukan kekasaran terhadap J. Parthiban dalam kotak penalti.

Penjaring terbanyak Terengganu FC, Tchetche Kipre tidak berdepan sebarang masalah untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-26 bagi menewaskan Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy di gawang Perak.

Jaringan tunggal daripada pemain kelahiran Ivory Coast itu kekal hingga tamat babak pertama.

Separuh masa kedua

Terengganu FC terus menggandakan asakan sebaik sahaja aksi separuh masa kedua bersambung dan usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke-52.

Kipre sekali lagi meletakkan nama selaku penjaring gol selepas rembatan susulan beliau berpunca dari sepakan penjuru terus menerjah gawang untuk sekali lagi menceriakan penyokong tuan rumah.

Tersentak dengan dua jaringan tersebut, anak buah Mehmet Durakovic cuba untuk melakukan gerakan yang mengkucar-kacirkan jentera pertahanan Terengganu FC.

Peluang terbaik yang dimiliki Perak menjelma pada minit ke-67 selepas percubaan dalam kotak penalti dilakukan Wander Luiz Bitencourt Junior hanya singgah di tiang gol.

Percubaan susulan yang dilakukan Nasir Basharudin ketika beliau tidak dikawal pertahanan Terengganu pula hanya meliar.

Dua peluang keemasan yang dimiliki Kipre pada lewat permainan hampir menambah jaringan buat Terengganu.

Bagaimanapun Hafizul Hakim lebih tangkas bagi menggagalkan kedua-dua percubaan tersebut.

Kemenangan yang diraih berjaya melonjakkan Terengganu FC  ke tangga keempat liga manakala Perak masih kekal di tempat kedua selepas Pahang (tangga ketiga) turut tewas 2-0 di Stadium Darul Aman.

 

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN