4 pemain Chelsea, Alvaro Morata, Pedro, Cesc Fabregas dan Marcos Alonso antara nama bintang yang akan menyaksikan Piala Dunia di kaca tv. Cesar Azpilicueta pula terpilih.
Beberapa bulan lalu, Morata dianggap calon utama yang akan mengepalai serangan La Roja di Rusia dan agak ironi ketika itu Diego Costa bergelut dengan masa depan beliau dan meminta kembali ke Atletico.
Morata kemudian berhadapan dengan krisis prestasi. Beliau hanya menjaringkan 11 gol dalam musim pertama di Chelsea dan menjadi pemain simpanan dalam final Piala FA.
Lepetegui menyatakan yang Morata penyerang yang bagus tetapi ada pemain lain yang lebih baik daripada beliau.
“Mendaftarkan 4 pemain penyerang utama dalam pasukan adalah perkara yang saya tak mahu lakukan. Kami memilih 3 penyerang utama ini berdasarkan ‘aset’ yang berbeza.”
Penganalisis BBC, James Horncastle tidak hairan nama Morata disisihkan kerana isu prestasi. Beliau berkata:
“Anda tidak boleh katakan pengurus pasukan, Lopetegui tidak suka dengan Morata. Ini kerana pemain ini adalah penyerang utama pilihan beliau ketika menguruskan pasukan B-21 Sepanyol.”
“Lihatlah prestasi Aspas dan Rodrigo, 2 pemain ini bermain sangat baik musim ini. Dan anda sendiri nampak, Morata faham akan keadaan ini daripada tweet beliau.”
Morata menghantar tweet mengucapkan agar nasib memihak kepada pasukan negaranya dalam kempen Piala Dunia kali ini.
Muchísima suerte en el Mundial!! Desde ya estaré apoyando y animando hasta el final como siempre!!
— Álvaro Morata (@AlvaroMorata) May 21, 2018
Selain daripada Morata, nama Marcos Alonso, Fabregas dan Bellerin antara bintang EPL yang gagal menambat hati Lopetegui. Marcos Alonso diundi dalam pasukan tahunan EPL musim ini.
Nacho Monreal berjaya melepasi saringan selepas aksi cemerlang musim ini.
Pastinya lega adalah Diego Costa. Beliau sebelum ini menolak tawaran ke China kerana mahu menyelamatkan karier antarabangsa beliau dan mahu bermain di Piala Dunia. Beliau berjaya melakukannya.
Bintang veteran Barcelona, Andres Iniesta juga disenaraikan di dalam pasukan. Manakala rakan sepasukan beliau, Sergi Roberto gagal.
Berikut adalah senarai penuh pasukan Sepanyol:
Penjaga gol: David de Gea (Manchester United), Pepe Reina (Napoli), Kepa Arrizabalaga (Athletic Bilbao).
Pertahanan: Jordi Alba (Barcelona), Nacho Monreal (Arsenal), Alvaro Odriozola (Real Sociedad), Nacho Fernandez (Real Madrid), Dani Carvajal (Real Madrid), Gerard Pique (Barcelona), Sergio Ramos (Real Madrid), Cesar Azpilicueta (Chelsea).
Tengah: Sergio Busquets (Barcelona), Isco (Real Madrid), Thiago Alcantara (Bayern Munich), David Silva (Manchester City), Andres Iniesta (Barcelona), Saul Niguez (Atletico Madrid), Koke (Atletico Madrid).
Penyerang: Marco Asensio (Real Madrid), Iago Aspas (Celta Vigo), Diego Costa (Atletico Madrid), Rodrigo Moreno (Valencia), Lucas Vazquez (Real Madrid).
https://twitter.com/UNILADFooty/status/998521787494248449