Legenda dari Sweden yang kini beraksi dalam saingan Major League Soccer (MLS), Zlatan Ibrahimovic dilayangkan kad merah susulan tindak balas yang dilakukannya terhadap pemain Montreal Impact, Michael Petrasso.
Zlatan melakukan tindak balas dengan menampar kepala pemain antarabangsa Kanada itu.
Melihat kepada video yang memaparkan insiden tersebut (Twitter rasmi MLS), Zlatan bertindak sedemikian selepas beliau merasakan Petrasso telah melakukan kekasaran terhadapnya sebelum itu.
Kedua-dua pemain tersebut menyembah ke bumi selepas insiden itu memaksa campur pengadil perlawanan, Ismail Elfath dan menyebabkan rujukan terhadap Video Assistant Referee (VAR) dilakukan.
Ternyata selepas rujukan dibuat, Zlatan Ibrahimovic didapati bersalah apabila beliau dilayangkan kad merah manakala Petrasso mendapat kad kuning pada minit ke-41.
After Video Review, Zlatan Ibrahimovic receives a red card for violent conduct. #MTLvLA https://t.co/qF8UcCZYuy
— Major League Soccer (@MLS) May 21, 2018
Penyerang LA Galaxy berusia 36 tahun itu telah mencipta tiga jaringan dari lapan perlawanan setelah berkelana ke Amerika Syarikat pada bulan Mac lalu.
Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan memihak buat LA Galaxy 1-0 menerusi jaringan Ola Kamara pada minit ke-74.