Bundesliga: Wolfsburg Sekali Lagi Terselamat Daripada Penyingkiran Divisyen

Wolfsburg terselamat dari menerima nasib buruk apabila berjaya melepasi cabaran Holstein Kiel pada perlawanan penentuan ‘promotion-and-relegation’.

Kemenangan agregat 4-1 itu membolehkan kelab yang dibimbing Bruno Labbadia itu kekal untuk beraksi dalam saingan Bundesliga musim hadapan.

Kelebihan selesa di perlawanan pertama

Pemain Wolfsburg bergembira sewaktu perlawanan pertama. Sumber: Sportskeeda.

Dalam perlawanan pertama di Volkswagen Arena, Wolfsburg, Divock Origi menjaringkan gol pada minit ke-13. Kemudiannya, pemain Kiel, Kingsley Schindler menyamakan kedudukan menerusi gol beliau pada minit ke-34.

Josip Brekalo menambah gol kedua untuk Wolfsburg 5 minit sebelum rehat separuh masa. Apabila separuh masa kedua berlangsung, Yunus Malli menjaringkan gol ketiga untuk tuan rumah.

Kelebihan mempunyai 3 gol selesa buat Wolfsburg sebelum bertandang ke Kiel.

Kiel karam

Dalam perlawanan kedua pagi tadi, Robin Knoche menanduk masuk bola ke gawang yang dijaga oleh Kenneth Kronholm.

Cubaan tuan rumah untuk mengurangkan defisit jaringan masih gagal menemui penyudah.

Gol pada minit ke-88 oleh pemain Kiel, Raphael Cichos pula dibatalkan.

Gol itu dibatalkan setelah Video Assistant Referee (VAR) mengesan bola telah terkena Raphael yang merupakan kapten buat Holstein Kiel.

Akhirnya Kiel tidak mampu mengejar kelebihan pada Wolfsburg.

Holstein Kiel kekal bersaing dalam 2.Bundesliga. Musim ini mereka menduduki tangga ke-3 divisyen tersebut yang memberi peluang merasi aksi perlawanan play-off.

Perlawanan play-off tempat ketiga 2.Bundesliga menentang pasukan tangga ke-16 Bundesliga. Pemenang akan meraih slot untuk beraksi dalam Bundesliga pada musim hadapan.

Loceng amaran lagi

Pemain Wolfsburg merayakan kejayaan mereka. Sumber: Sportskeeda.

Wolfsburg sebenarnya sudah dua kali berturut-turut terselamat melalui slot play-off. Musim lalu, mereka menewaskan Eintracht Braunschweig untuk kekal di Bundesliga.

Jika tidak reputasi mereka selaku juara Bundesliga pada 2009 akan tercalar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN