Air Asia Mungkin Akan Jalinkan Hubungan Kerjasama Dengan FAM

Demi masa depan bola sepak negara, syarikat penerbangan tambang murah terkemuka, Air Asia dikhabarkan bakal menjalinkan hubungan kerjasama dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dari segi pasukan kebangsaan dan program pembangunan akar umbi.

Menurut setiausaha agung FAM Datuk Haji Hamidin Mohd Amin, FAM sangat mengalu-alukan kerjasama daripada syarikat swasta di Malaysia dalam usaha untuk meningkatkan kualiti bolasepak negara.

Kerjasama dengan Air Asia tampak bakal menjadi kenyataan apabila Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes telah berkunjung ke Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam bagi berbincang mengenai beberapa perkara berhubung bola sepak Malaysia.

“Tony menerusi syarikatnya, AirAsia berminat untuk mengadakan kerjasama rapat dengan FAM pada masa akan datang terutama dari aspek kepengadilan, pasukan-pasukan kebangsaan serta program-program pembangunan belia.

“FAM sememangnya mengalu-alukan pembabitan serta sokongan daripada ahli-ahli perniagaan seperti Tony dalam usaha kita untuk bersama-sama menaikkan semula bola sepak Malaysia,” kata Datuk Hamidin dalam satu kenyataan di laman facebook rasmi FAM.

Turut serta pada pertemuan tersebut adalah ketua jurulatih skuad Bawah 23 tahun kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee selaku Ketua Unit Belia FAM serta Timbalan Presiden PJ Rangers FC, Simon Lim yang hadir bersama Tony.

Pertemuan itu adalah langkah permulaan dan kerjasama kedua-dua pihak mungkin lebih mudah untuk direalisasikan sekiranya Hamidin dipilih sebagai Presiden FAM yang baharu pada kongres ke-54 badan induk berkenaan pada 14 Julai depan.

Selain Hamidin, dua lagi nama iaitu Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dan Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa turut mendapat pencalonan daripada ahli gabungan untuk merebut kerusi nombor satu itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN