Bekas pemain England dan Chelsea, Frank Lampard telah memberikan pandangan beliau terhadap bintang muda United, Paul Pogba, menjelang perlawanan akhir Piala FA di antara Man. United dan Chelsea.
Lampard tidak hairan dengan layanan Mourinho ke atas Pogba sebelum ini, di mana pemain tersebut disisihkan ke bangku simpanan.
“Saya tak tahu Pogba ni jenis macam mana. Beliau melakukan beberapa keputusan yang teruk tetapi selepas itu melakukan perkara luar biasa.”
“Saya percaya itu membuatkan Mourinho ‘pecah kepala’ memikirkan beliau.”
“Pogba adalah pemain yang berbakat secara semulajadi, lebih baik daripada saya. Dia boleh berlari lebih laju daripada saya dan memiliki kaki yang lebih baik. Namun, menggelecek di kawasan sendiri sebenarnya tidak memberikan makna apa-apa.”
“Semua benda seperti ‘flick’ dan menggentel bola dengan ‘stud’, saya tidak pandai benda macam tu.”
“Ramai pemain hari ini suka menonton perkara seperti itu di Youtube dan merasakan ia luar biasa, tetapi saya tak sukakannya.”
Lampard berpendapat, Pogba memiliki segala yang diperlukan untuk menjadi pemain tengah yang lengkap. Cuma beliau perlu mengurangkan aspek ‘fancy’ di dalam permainan dan fokus kepada ketajaman dan pengaruh di dalam permainan.
“Dia sudah terlalu banyak melakukan perkara itu. Beliau harus meneruskan perkembangan yang telah beliau lalui di Juventus ke satu tahap lagi.”
“Beliau harus menjaringkan 15 gol semusim dan cuba mendominasi perlawanan, kerana dia ada segalanya.”