KEPDA Nyatakan Sokongan Terhadap Mukriz Mahathir Untuk Ketuai Semula Kedah FA

Badan penyokong yang menyokong Kedah dikenali sebagai Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah Darul Aman (KEPDA) telah menyatakan sokongan mereka untuk Menteri Besar Kedah kembali menerajui Kedah FA.

Menurut KEPDA menerusi Berita Harian, mereka menerima dengan hati terbuka andai Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir untuk kembali menerajui persatuan yang pernah beliau terajui sebelum ini.

Menurut wakil KEPDA iaitu Nor Asmadi Hamzah, kembalinya Mukhriz untuk mengetuai semula Kedah FA dapat melancarkan semula hal-hal melibatkan pengurusan persatuan tersebut.

Menurut Asmadi lagi, situasi yang dihadapi skuad Lang Merah memerlukan individu berpengaruh untuk mengetuai Kedah FA.

“Ramai peminat mahukan bola sepak dan politik dipisahkan.”

“Namun dalam situasi bola sepak Malaysia terutamanya di Kedah, pembabitan ahli politik untuk mengetuai persatuan amatlah penting.”

“Pengaruh yang dimainkan oleh pemimpin negeri amat penting untuk menjana kewangan pasukan tidak kiralah menerusi dana oleh kerajaan negeri mahupun dari pihak penaja.”

 

KEPDA menzahirkan keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz untuk mengetuai Kedah FA oleh kerana beliau dianggap sebagai seorang yang faham mengenai bola sepak.

Dalam masa yang sama, KEPDA turut menghargai jasa yang diberikan oleh bekas Presiden Kedah FA iaitu Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah diatas perkhidmatan yang diberinya.

“Kami amat menghargai jasa yang diberikan oleh beliau. Namun kini sudah tiba masa perubahan berlaku di Kedah FA.”

Mukhriz Tun Mahathir pernah menjadi Presiden Kedah FA satu ketika dahulu.

Di eranya, Kedah berjaya kembali ke Liga Super selepas menjuarai Liga Premier pada 2015 dan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada tahun yang sama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN