Previu Fantasy Premier League : Minggu 6

Minggu 5 kita dikejutkan dengan kekalahan Chelsea hasil jaringan hat – trick Steven Naismith

Riyad Mahrez dan Dimitri Payet antara yang pemain bersinar dengan membantu pasukan mereka mencapai kemenangan

Berikut adalah tips untuk minggu 6 nanti:

Penjaga gol

Penjaga gol pilihan kami untuk minggu ini adalah Joe Hart (Manchester City)

Selain berjaya menghasilkan 11 gol untuk musim ini, Manchester City juga mempunyai rekod yang baik dari segi pertahanan dimana Manchester City tampil sebagai satu – satunya pasukan yang belum bolos pada musim ini.

Dengan kehadiran pertahanan yang hebat seperti Kompany dan Kolarov sedikit sebanyak sangat membantu Joe Hart (£5.6) untuk meneruskan rekod baik Manchester City

be9323e1-0dfe-3c0d-ab01-60834cf3cc4f

Pilihan lain : Hugo Lloris (Tottenham Hotspurs, £5.0) & David De Gea (Manchester United, £5.4).

Pertahanan

Pertahanan dari Manchester City, Manchester United dan Liverpool menjadi pilihan kami pada minggu ini.

Jika dilihat daripada stats Kompany dilihat sebagai pertahanan yang terbaik tetapi Kolarov tidak kurang hebatnya. Harga Kolarov (£5.9) juga lebih murah berbanding Kompany (£6.4).

Kolarov berjaya menghasilkan satu gol pada musim ini tetapi apa yang menarik tentang Kolarov adalah beliau telah berjaya mengutip 10 bonus point berikutan tiga kali menjadi pemain terbaik perlawanan.

aleksander-kolarov-manchester-city_3002034

Pada minggu ini Manchester United akan berdepan dengan Southampton dimana Southampton gagal menjaringkan sebarang gol semasa menentang West Brom pada minggu lepas.

Southampton akan berdepan dengan lawan yang lebih susah iaitu Manchester United. Kami berminat untuk memilih Matteo Darmian (£5.7) berikutan aksi baik pertahanan Manchester United pada musim ini dengan 3 perlawanan tanpa bolos.

Darmian dilihat calon yang sesuai kerana konsistensi bermain dan harga yang lebih murah.

Selepas berjaya mendapatkan clean sheet kedua mereka pada minggu lepas, kami sekali lagi cenderung untuk memilih Eric Dier (£5.0) berikutan harganya yang murah tetapi sangat efektif.

Spurs bermain dengan pertahanan yang kemas dan kompak sewaktu menentang Sunderland pada minggu 5.

Jika Spurs menunjukkan prestasi yang sama, Spurs dijangka tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan clean sheet ketiga mereka.

Pilihan Lain : Micah Richards (Aston Villa , £4.6) , Craig Cathcart (Watford , £4.5)

Pemain tengah

Jika anda aktif bermain FPL pada musim ini anda pasti suka dengan Riyad Mahrez(£6.3).

Mahrez telah menyumbat 4 gol dan 2 assist menjadikan beliau penjaring terbanyak BPL pada musim ini. Jika anda masih belum ada Mahrez di dalam pasukan anda, kami cadangkan untuk ambil beliau kerana harga beliau yang masih meningkat naik masih releven.

Pada minggu ini Mahrez akan bertemu dengan Stoke City di Britania Stadium dan dijangka akan mempamerkan aksi hebat beliau.

Salah seorang lagi pemain yang murah dan hebat untuk musim ini adalah Wes Hoolahan(£5.0)

Hoolahan merupakan pemain tengah bagi Norwich City dan merupakan antara pemain yang sedang beraksi dengan baik. Pada minggu lepas, Hoolahan berjaya mencatatkan 1 gol dan 1 assist sekaligus menjadikan pemain terbaik perlawanan.

Meskipun Norwich City akan bertandang ke Anfield, kami masih mempunyai harapan untuk Norwich berikutan pertahanan Liverpool yang agak goyah ketika ini dimana sedikit sebanyak mampu memberikan peluang untuk Norwich menhasilkan gol.

Jika anda sedang mencari pemain tengah yang murah dan efektif, Wes Hoolahan adalah orangnya.

wes-hoolahan-16x973-2123424

Manchester City akan menjadi tuan rumah buat West Ham pada minggu ini.

Kami berminat untuk memilih Yaya Toure pada minggu ini berikutan prestasi beliau yang hebat pada musim ini. Yaya Toure telah mencatat 2 gol dan 2 assist pada musim ini.

Pada harga (£9.0) Yaya Toure merupakan antara pemain tengah yang konsisten bersama dengan David Silva (£10.2). Jika anda merasakan Eden Hazard tidak memberikan pulangan mata yang berpadanan dengan harga mahalnya, Yaya Toure adalah pemain untuk pasukan anda.

Pilihan Lain : Theo Walcott (Arsenal , £8.5) , Andre Ayew (Swansea , £7.2) , Gylfi Sigurdsson (Swansea, £5.6)

Penyerang

Selepas sepi tanpa gol dalam 2 perlawanan pertama, Callum Wilson (£9.0) membuat kejutan dengan menjaringkan Hat-trick menentang West Ham dan satu gol sewaktu menentang Leicester City.

Pada minggu ini Bournemouth akan menjadi tuan rumah untuk pasukan kedua tercorot liga,Sunderland dan dijangka Wilson mampu meneruskan rekod baik beliau berikutan aksi hambar Sunderland pada musim ini.

Walaupun sekadar mempunyai rekod 1 gol pada musim ini, kami masih menaruh harapan kepada Sergio Aguero (£13.2).

Penjaring terbanyak musim lepas ini sentiasa memberikan situasi kucar kacir kepada pertahanan lawan sekaligus membuka ruang untuk pemain lain menjaringkan gol

sergio-aguero_ac_2787203k

Pilihan Lain : Bafetimbi Gomis (Swansea , £7.5) , Christian Benteke (Liverpool , £8.5)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN