Juventus Sah Juara Series A Buat Kali Ke-7

Kelab gergasi Itali, Juventus mengesahkan kejuaraan Serie A Itali kali ketujuh berturut-turut selepas seri tanpa jaringan dengan AS Roma yang beraksi 10 pemain di Stadio Olimpico awal pagi tadi.

Kelab gergasi Turin itu hanya memerlukan satu mata bagi melengkapkan kejuaraan Scudetto ke-34 dan muncul pasukan pertama memenangi kejuaraan berganda liga dan piala bagi empat musim berturut-turut.

Roma beraksi 20 minit terakhir kekurangan seorang pemain selepas Radja Nainggolan dibuang padang kerana kad kuning kedua berikutan kekasaran ke atas penyerang Argentina, Paulo Dybala.

Anak buah Allegri turut memenangi Piala Itali di Stadio Olimpico, Rabu lalu selepas membenam AC Milan 4-0.

Dengan berbaki satu perlawanan, Juventus tidak boleh dikejar pasukan tangga kedua Napoli yang berada empat mata di belakang selepas menang 2-0 di Sampdoria, awal pagi tadi.

“Tidak mudah untuk mengekalkan mentaliti sama hanya beberapa hari selepas menang final Piala Itali,” ujar Allegri.

“Saya fikir kekuatan sebenar adalah kekal tenang dalam semua situasi. Anda mencapai objektif terakhir dengan satu langkah pada satu masa.

“Ia terlalu sukar dan kami perlu memuji Napoli kerana mereka terus menekan kami hingga ke akhirnya dan menang di Sampdoria.

“Kami bekerja keras, tapi apabila tiba masa untuk meraikannya selepas empat tahun yang luar biasa, setiap orang berhak untuk berseronok.”

Roma kendalian Eusebio Di Francesco berada di tangga ketiga dan sudah memastikan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan selepas Inter Milan tewas 1-2 di tangan Sassuolo.

“Juventus mempunyai mentaliti istimewa yang sudah dibentuk sejak beberapa tahun lalu,” kata Di Francesco.

“Ia kelab yang berjaya kerana kekal bersatu dalam menangani setiap kesukaran. Mereka menjadi contoh kepada pasukan lain.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN