Pengulas Permainan FIFA Beri Bayangan FIFA 19 Bakal Memperolehi Lesen UEFA Champions League

FIFA 19

Bulan April yang lalu, syarikat KONAMI telah mengumumkan bahawa kerjasama selama 10 tahun mereka bersama UEFA bakal berakhir selepas perlawanan akhir Champions League di antara Real Madrid dan Liverpool pada 27 Mei ini.

Ini bermakna, lesen eksklusif sedekad yang dipegang oleh siri Pro Evolution Soccer itu bakal di tamatkan.

Apabila pengumuman ini dibuat, pengikut siri permainan FIFA amat mengharapkan syarikat EA Sports berjaya mendapat lesen rasmi dari pihak UEFA.

Kenyataan yang dikeluarkan dari seorang individu penting dalam siri permainan FIFA, Evert ten Napel telah mencetuskan spekulasi di mana edisi FIFA19 yang akan datang diramal bakal tampil lebih hebat dan menakjubkan.

Beliau telah mengesahkan bahawa UEFA Champions League dan UEFA Europa League akan dimasukkan ke dalam FIFA 19 yang bakal dikeluarkan pada edisi yang akan datang.

“Untuk kira-kira enam atau tujuh hari dalam setahun, saya merakam skrip (untuk FIFA19) yang dikemaskini di dalam studio di Utrecht bersama rakan sekerja, Youri Mulder.”

“Dalam 2019 nanti, berkemungkinan permainan FIFA akan bertambah baik, kerana mereka telah menambah UEFA Champions League dan UEFA Europa League.”

Tambahnya lagi, “Saya sudah hampir siap dengan versi 2019, yang mana produk ini akan pergi ke pusat percubaan tidak lama lagi. (Dalam pusat percubaan itu) beberapa pemain akan disemak semula, dijangka FIFA19 akan menembusi pasaran pada Oktober tahun ini.”

Kali terakhir EA Sports bekerjasama dengan UEFA untuk mendapat hak lesen eksklusif pada tahun 2007 sebelum KONAMI mendapat lesen tersebut pada tahun 2008.

Mari kita nantikan pengumuman rasmi dari EA Sports mengenai perkara ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN