Annuar Musa Akui Terkejut Dicalonkan Untuk Jawatan Presiden FAM

3 hari lepas, Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) membuat kejutan apabila mencalonkan bekas Presiden Persa­tuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa untuk bertanding merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Kongres FAM ke-54 yang akan berlangsung pada Julai depan.

Bercakap kepada Kosmo, Annuar Musa akui terkejut dengan pencalonan itu dan masih belum membuat keputusan sama ada beliau akan bertanding atau tidak.

“Pertama saya mahu me­ngucapkan terima kasih kepada KLFA kerana memberikan kepercayaan kepada saya apabila mencalonkan saya untuk bertanding jawatan Presiden FAM.

“Saya sendiri akui masih terkejut tetapi buat masa ini, saya mahu pertimbangkan dahulu dan masih belum membuat keputusan.

“Banyak perkara saya perlu lihat selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang baru sahaja selesai. Jadi, saya juga ada komitmen lagi dan seperti saya katakan tadi, saya perlu berfikir dahulu.

“Sama ada saya bertanding atau sebaliknya, jawapan itu dibuat sebaik saya ada ilham selepas berehat untuk beberapa hari sebaik habis bahang PRU-14 ini,” katanya.

Selain Annuar Musa, 2 lagi calon turut akan bertanding merebut jawatan itu iaitu Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin dan Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi yang mendapat pencalonan daripada Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).

Berdasarkan rekod, Annuar pernah menarik diri daripada bertanding merebut jawatan Presiden FAM pada Kongres FAM Mac tahun lalu yang menyaksikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menang tanpa bertan­ding.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN