Pahang Hantar Calon Presiden FAM Cabar Datuk Hamidin

Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) semalam telah mengumumkan mereka telah mencalonkan Datuk Seri Abdul Azim  Mohd Zabidi untuk jawatan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi menggantikan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang telah letak jawatan.

Menurut satu kenyataan melalui laman facebook rasmi Pahang FA, pemilihan Abdul Azim yang juga merupakan Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dibuat berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki olehnya dalam bidang pengurusan sukan.

“PBNP telah mengemukakan pencalonan Datuk Seri Abdul Azim bagi jawatan presiden untuk penggal 2018-2021 di Kongres Tahunan FAM.

“Pencalonan Azim ini berdasarkan pengalaman yang luas dimiliki beliau dan diyakini akan dapat memikul amanah serta tanggung jawab sebagai Presiden FAM.

“Kepimpinan beliau juga akan membantu FAM dalam mencapai matlamat ke arah kegemilangan bola sepak negara seperti yang disasarkan,” kata naib presiden PBNP, Datuk Akbar.

Sebelum ini, sekurang-kurangnya 18 daripada 20 ahli gabungan telah mencalonkan setiausaha agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin untuk jawatan Presiden.

Walaubagaimanapun, hanya 2 ahli gabungan yang belum menyatakan pendirian mereka iaitu Pahang dan Kuala Lumpur.

Bulan lalu, Tunku Ismail menyatakan pandangan baginda mengenai Datuk Hamidin. Baginda menyifatkan Hamidin adalah individu yang paling tepat menggantikannya selepas berkhidmat untuk FAM sekian lama.

Pemangku Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi turut menegaskan ia akan menjadi tindakan yang sia-sia jika ada individu berminat untuk bertanding dengan Hamidin.

Ini kerana Yusoff menganggap kewibawaan serta pengalaman luas Hamidin di dalam bola sepak tempatan antara faktor utama Tunku Ismail menaruh kepercayaan kepada beliau untuk menjadi Presiden FAM baharu.

“Saya harap keputusan sebulat suara Exco FAM menyokong Hamidin telah memberi isyarat. Kalau ada yang berhasrat menawarkan diri (bertanding Pre­siden FAM), saya harap mereka memikirkan isyarat jelas Exco FAM bagi memastikan saranan Tunku Ismail melicinkan proses, berjalan tersusun dan tiada apa-apa kemelut,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN