Selepas mengumumkan pengunduran dari Arsenal baru-baru ini, Arsene Wenger mengakui terkejut apabila menerima begitu banyak tawaran daripada kelab lain yang mahu menggunakan khidmatnya.
Pengendali dari Perancis itu akan meletak jawatan sebagai pengurus Arsenal selepas kunjungan ke Huddersfield Town dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Ahad ini dengan jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri dilapor menjadi pilihan utama lembaga pengarah kelab itu.
Arsène Wenger is weighing up an offer from Paris Saint-Germain to become their general manager. (Source: Guardian) pic.twitter.com/GIq2xMwb0u
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) May 9, 2018
Wenger akan meninggalkan Arsenal selepas 22 tahun membimbing kelab itu dan diberikan penghargaan penuh emosi selepas kemenangan 5-0 ke atas Burnley kelmarin, perlawanan terakhirnya sebagai pengurus di Stadium Emirates.
Pengurus berusia 68 tahun itu berkata, beliau akan berehat seketika daripada bola sepak sebelum membuat keputusan mengenai masa depannya tetapi mendedahkan beliau menerima beberapa tawaran yang mahukan khidmatnya.
Ditanya sama ada beliau mendapat sebarang tawaran, Wenger berkata: “Ya, lebih daripada apa yang saya jangkakan.
“Buat masa ini, saya mahu fokus melaksanakan tugas saya dengan baik. Saya tidak melakukan analisis atau mempertimbangkan apa-apa. Saya mahu menjalankan tugas saya dengan baik hingga hari terakhir kontrak saya.
“Selepas itu, saya akan berehat sebentar dan baru buat keputusan mengenai perkara seterusnya,” katanya.
Wenger: "I don't look very good on the beach. I like green grass. I like to work on it every day. I didn’t miss a training session in 22 years. I never stayed in my office. That is something that I will miss." pic.twitter.com/4Ky4I9Y9RZ
— afcstuff (@afcstuff) May 9, 2018
Allegri yang hampir pasti mengemudi Juventus meraih gelaran Serie A dilaporkan menjadi pilihan utama tetapi Carlo Ancelotti dan Luis Enrique yang kedua-duanya tidak bekerja turut dikaitkan sebagai pengganti Wenger.
“Saya fikir lagi cepat lagi bagus,” kata Wenger ketika ditanya sama ada pelantikan perlu dibuat sebelum Piala Dunia.
“Semua orang mahu diberi harapan dan mereka perlu membuat persiapan untuk menghadapi saingan musim depan. Saya perlu katakan, pasukan ini tidak banyak perubahan kerana mereka mempunyai potensi besar.”