Polis England menerima banyak laporan tentang troll ‘Harry Kane claimed it’. Laporan polis itu meningkat mendadak pada minggu lalu selepas semakin ramai yang menggunakan jenaka tersebut terutama sekali di media sosial.
Laporan polis berkenaan perkara tersebut juga banyak dibuat oleh kenalan dan saudara-mara Harry Kane. Mereka menganggap troll tersebut sebagai satu bentuk penderaan mental kepada Harry Kane.
Ia dikhuatiri akan memberikan impak (damage) kepada karier beliau terutama sekali pemain itu adalah harapan England untuk Piala Dunia 2018.
Harry Kane sebelum ini menuntut gol Eriksen sehingga sanggup bersumpah di atas nama nyawa anaknya bagi menunjukkan kejujurannya.
https://twitter.com/maDJik_Johnson/status/991617783287959553
Harry Kane telah dianugerahkan gol tersebut dan reaksi daripada peminat bola sepak menganggap ia satu jenaka. Beberapa pemain dan bekas pemain bola sepak termasuk Alan Shearer dan Gary Lineker turut mengambil kesempatan melawak tentang hal itu.
Akhbar High Press News telah menghubungi konstabel Dirk Diggler tentang hal tersebut.
Diggler mengesahkan jika ada laporan polis dibuat ke atas penama ataupun pemilik akaun yang melakukan troll tersebut, mereka boleh dikenakan tindakan. Diggler berkata:
“Kami mahu menjelaskan di sini yang laporan polis seperti itu tidak digalakkan.”
“Namun kami membuat pengecualian ke atasnya dan bersumpah akan menangkap setiap orang terakhir yang mengunakan lawak tersebut. Jadi teruskan menghantar laporan untuknya.”
“Kami boleh sahkan yang kami sudah menyerbu sebuah rumah dan menangkap lelaki yang mengendalikan akaun twitter parodi.”
“Dia secara tak bertanggungjawab menyebarkan lawan tuntutan Harry Kane.”
Munurut Diggler lagi, tindakan polis ini disokong oleh ramai penyokong bola sepak di England. Tindakan polis England ini memang agak tegas.
Sebelum ini, Mauricio Pochettino mengakui Harry Kane terganggu dengan troll tersebut.