Perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2017/18 bakal menemukan juara bertahan, Real Madrid dan wakil dari England, Liverpool pada aksi yang akan berlangsung pada 27 Mei nanti.
Bagi pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane, pertembungan yang menarik yang bakal disajikan di Kompleks Sukan Negara Olimpiyskiy, Kiev.
Beliau turut melihat perlawanan tersebut melibatkan Real Madrid bertemu Liverpool dan bukanlah pertembungan peribadi Mohamed Salah menentang Cristiano Ronaldo.
”Saya tidak tahu jika Mohamed Salah akan merebut Ballon d’Or, tetapi dia telah menikmati musim yang hebat,” kata Zidane kepada Mirror.
”Salah adalah pemain yang luar biasa dimana dia menghadapi musim yang cemerlang, tetapi dia bukan pemain saya. Saya hanya bimbang dengan menamatkan musim ini dengan cara terbaik.”
”Permainan tidak akan menjadi Cristiano menentang Salah, ia akan menjadi Real Madrid bertemu Liverpool.”
”Ia akan menjadi permainan yang hebat, terbuka dengan banyak peluang. Perkara yang paling penting bagi kami adalah untuk merancang apa yang perlu dilakukan dalam permainan.”
”Kami akan menganalisis dengan lebih terperinci kerana ia adalah perlawanan akhir dan terdapat banyak intensiti pada perlawanan tersebut.”
”Liverpool mempunyai segalanya. Mereka kini berada dalam perlawanan akhir dan kami tahu mengenai apa yang mereka ada. Mereka mempunyai fizikal yang baik, teknik dan laju.”
”Mereka adalah pasukan kelab Inggeris yang boleh berjuang dan bertahan.”
Kredit foto: Goal.com