Xavi Hernandez Batalkan Hasrat Untuk Gantung But

Bekas pemain tengah Barcelona dan Sepanyol, Xavi Hernandez membatalkan hasrat untuk bersara apabila mengumumkan akan meneruskan kariernya sehingga hujung tahun ini.

Ketika ramai menjangkakan Xavi akan menamatkan karier penuh gemilangnya pada penghujung musim ini, pemenang Piala Dunia dan juara empat kali Liga Juara-Juara memberitahu AFP dia masih cukup cergas untuk terus bermain.

“Saya sudah memutuskan untuk meneruskan sekurang-kurangnya enam bulan lagi,” katanya.

Pemain yang berusia 38 tahun itu kini bermain bersama kelab Qatar, Al Sadd.

“Kerana ia bergantung terhadap keadaan fizikal saya. Mungkin pada Disember saya akan memutuskan untuk meneruskannya.”

Keputusan itu jelas di luar jangkaan kerana Xavi sudah memberi isyarat musim ini adalah yang terakhir buatnya sebelum memberi fokus untuk mendapatkan sijil kejurulatihan.

Xavi yang mempunyai 133 penampilan bersama Sepanyol dijangka memainkan peranan baharu bersama Al Sadd bermula pada musim depan dan disebut-sebut untuk menjadi jurulatih skuad kebangsaan Qatar pada 2022 ketika negara itu menganjurkan Piala Dunia.

Selepas membuat penampilan pertama bersama Barcelona pada 1998, Xavi memiliki lebih 500 penampilan bersama gergasi Catalan itu dan memenangi lapan gelaran La Liga.

Sekali pun saingan liga musim ini sudah berakhir di Qatar dengan Al Sadd menamatkan saingan di tangga kedua, Xavi masih terbabit dalam dua kejohanan piala iaitu Liga Juara-Juara AFC dan separuh akhir Piala Emir, Qatar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN