Emirates Ucap Selamat Tinggal Wenger Hari Ini, Tiket Mencecah £1,800

Stadium serba canggih, Stadium Emirates terlalu sinonim dengan Arsene Wenger. Beliau diakui antara individu penting dalam projek pembinaan stadium tersebut. Membawa Arsenal berpindah dari Highbury.

Hari ini, Wenger akan muncul untuk kali terakhir di Emirates sebagai pengurus Arsenal.

Tiket perlawanan terakhir ini dilaporkan mencecah £1,800. Sebelum ini pada hari terakhir Sir Alex Ferguson tiket dijual dengan harga mencecah £3,000 untuk satu tiket.

Arsene Wenger akan menerima penghargaan guard of honor daripada Arsenal dan Burnley selepas tamat perlawanan pada hari ini. Beberapa acara lain sudah dirancang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Arsene Wenger.

Setiap penyokong Arenal akan mendapat satu baju t merah putih dengan terpampang tulisan Merci Arsene di dada.

Di atas padang pula, Arsenal berjuang untuk memastikan kemenangan bagi mengelakka beraksi dalam play-off UEL musim hadapan.

Burnley sudah sah akan ke Europa selepas Everton seri menentang Southampton semalam. Burnley masih berusaha mendapatkan slot automatik.

LONDON, ENGLAND – APRIL 22: Arsenal manager Arsene Wenger during the Premier League match between Arsenal and West Ham United at Emirates Stadium on April 22, 2018 in London, England. (Photo by Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images)

Selain daripada Wenger 3 lagi nama akan diberikan penghargaan khas hari ini. Bekas pemain kebangsaan Jerman, Per Mertesacker, bekas pemain kebangsaan Engalnd, Alex Scott dan kit-man, Vick Akers yang sebelum ini turut pernah menjadi pengurus skuad wanita Arsenal.

3 nama ini akan bersara selepas tamat musim ini. Mertesacker akan masih kekal di Arsenal dengan tugasan melatih skuad muda.

Arsenal sebelum ini menyatakan mereka dalam perbincangan untuk memberikan penghargaan tetap kepada Wenger dengan pembinaan tugu ataupun penjenamaan tempat duduk dalam stadium. Tetapi masih belum ada keputusan akhir dicapai.

Sepanjang 22 tahun di Arsenal, Wenger memenangi 3 EPL, 7 Piala FA termasuk 2 kejayaan doubles dan 1 invicibles.

Merci Arsene.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN