MSL 2018: Harimau Selatan Mudah Ratah Skuad Rusa Di Paroi

Selepas bangkit untuk mengikat Kedah dengan jaringan 3-3 di arena lawan pada perlawanan lalu, Azrai Khor Abdullah pasti mengharapkan keputusan tersebut memberikan keyakinan buat anak buahnya berhadapan dengan kesebelasan JDT.

Tiada Natxo Inxa, tiada nama Safiq Rahim di dalam kesebelasan utama JDT untuk perlawanan ini. Ini memaksa Raul Longhi menyandarkan pergerakkan di jentera tengah kepada gandingan Nazmi Faiz, Afiq Fazail dan juga Harris Harun yang turut memainkan peranan kapten di dalam formasi 4-2-3-1.

Separuh masa pertama

Negeri Sembilan memulakan perlawanan dengan keazaman.

Namun  demikian ia tidak bermula dengan baik apabila pengadil perlawanan menghadiahkkan sepakan penalti buat JDT setelah bola terkena tangan Mohd Fauzan di dalam kotak penalti Negeri Sembilan.

Sumber: JST, Facebook

Gonzalo Cabrera yang diberikan tugas untuk mengambil sepakan tersebut kemudiannya tenang meletakkan JDT 1-0 di hadapan pada minit ke-5 perlawanan.

Negeri Sembilan mengeluarkan Renars Rode yang tercedera dan memasukkan L. Kalaiharasan tiga minit selepas itu, dan kedua-dua pasukan saling melakukan serangan dengan corak permaina pantas sepanjang 15 minit pertama perlawanan.

Sumber: JST, Facebook

Negeri Sembilan tampak berbahaya dalam serangan balas mereka, namun sering dikecewakan oleh hantaran akhir di dalam kotak penalti yang mudah dipatahkan oleh barisan pertahanan JDT.

Minit ke-40 perlawanan menyaksikan kegagalan pemain pertahanan Negeri Sembilan mengeluarkan bola dalam situasi kelam kabut di hadapan gawang dihukum, apabila Corbin Ong menanduk masuk untuk JDT melebarkan pendahuluan kepada 2-0.

Sumber: JST, Facebook

JDT terus menguasai perlawanan, dan menamatkan babak pertama perlawanan dengan kelebihan dua gol

Separuh masa kedua

Babak kedua perlawanan bermula menyaksikan pemain gantian Negeri Sembilan, Mohd Fauzi Abdul Latif terlepas peluang terbaik untuk merapatkan kedudukan apabila rembatan beliau daripada dalam kotak penalti sekadar sipi pada minit ke-49 perlawanan.

Tindakan Aidil Zafuan menjatuhkan Mohd Fauzi di dalam kotak penalti pada minit ke-56 perlawanan, membuatkan pengadil tidak teragak-agak untuk memberikan sepakan penalti.

Sumber: JST, Facebook

Namun demikian Kim Doheon gagal menyempurnakan peluang yang terhidap apabila rembatan deras pemain dari Korea Selatan itu sekadar menyingahi palang gol.

Selepas Negeri Sembilan, minit ke-61 giliran JDT diberikan sepakan penalti setelah Saai dijatuhkan di dalam kotak penalti. Safawi tidak mensia-siakan peluang tersebut apabila dengan yakin meletakkan JDT 3-0 di hadapan.

Sumber: JST, Facebook

Safawi kemudiannya menceriakan penyokong JDT yang hadir ke Paroi apabila rembatan kaki kirinya dari dalam kotak penalti melencong masuk menewaskan Muhamad Ilham untuk JDT mendahului 4-0 pada minit ke-74 perlawanan.

JDT terus menguasai penguasaan bola selepas itu, dan cuba mengancam beberapa kali melalui percubaan Safiq Rahim.

Tiga minit masa kecederaan kemudiaannya tamat, dan kedudukan masa penuh perlawanan Negeri Sembilan 0 JDT 4.

Kesebelasan utama

Negeri Sembilan: Muhamad Ilham (PG), Muhd fauzan, Nasriq Baharom, Nicolas Velez (Mohd Fauzi 45′), Aizulridzwan Razali, Feeris Danial, Fauzan Dzulkifli (Muhamad Fakrul 77′), Aiman Khalidi, N. Thanabalan, Rhenas Rode (L. Kalaiharasan 8′), Doheon Kim

JDT: Farizal Marlias (PG), Afiq Fazail (Gary Steven 80′), Marcos Antonio, Aidil Zafuan, Hazwan Bakri (Syafiq Ahmad 46′), Gonzalo Cabrera, S. Kunanlan, Harris Harun (K), Nazmi Faiz, Corbin Ong, Safawi Rasid (Safiq Rahim 78′)

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN