Martin Keown: Mesut Ozil Tidak Layak Bermain Bersama Arsenal

Ozil

Kegagalan Arsenal untuk melangkah ke perlawanan akhir Liga Europa membuatkan beberapa pemain mendapat kritikan berikutan aksi mereka dalam pertemuan menentang Atletico Madrid tempohari.

Salah seorang pemain yang mendapat kritikan tersebut ialah perancang Arsenal, Mesut Ozil.

Legenda Arsenal, Martin Keown menyifatkan pemain kelahiran Jerman itu sebagai pemain yang tidak layak untuk menyarung jersi The Gunners.

“Ini adalah masalah besar bagi pengurus baru untuk menilai kerana Wenger telah melabur banyak wang untuk dapatkan Ozil dan saya tidak dapat melihat persembahan yang dia (Ozil) berikan untuk Arsenal,” kata Keown pada Sport BT.

“Bagi saya, dia (Ozil) memang tidak layak menyarung jersi Arsenal malam ini (bertemu Atletico Madrid).”

“Saya sering memperhatikan aksi Ozil bersama pasukan dan pastinya kami mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripadanya kerana dia (Ozil) salah seorang pemain yang menjuarai Piala Dunia.”

LONDON, ENGLAND – JANUARY 22: Mesut Ozil of Arsenal shakes hands with Arsene Wenger, Manager of Arsenal after substituted during the Premier League match between Arsenal and Burnley at the Emirates Stadium on January 22, 2017 in London, England. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Pemain berusia 29 tahun ini telah membuat keputusan menandatangani kontrak baharu untuk kekal bersama Arsenal, dengan perjanjian baharu yang hanya akan tamat pada 2021.

Info tambahan : Mesut Ozil ini menjadi pemain yang menerima bayaran tertinggi di dalam sejarah Arsenal. BBC Sport melaporkan pendapatan Ozil bakal menerima £350,000 seminggu sebelum cukai.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN