Hanya 4 Bulan Di Sevilla, Vicenzo Montella Dipecat Untuk Kali Kedua Musim Ini

Sevilla mengesahkan yang mereka sudah memecat Vicenzo Montella sebagai pengurus. Ini selepas prestasi hambar skuad tersebut sejak kemenangan terakhir mereka di Old Trafford menentang Manchester United.

Dalam kenyataan rasmi kelab mereka, Sevilla juga berkata yang Montella bertanggungjawab di atas kekalahan memalukan Sevilla dibelasah Barcelona dalam final Copa Del Rey. Kenyataan rasmi tersebut berbunyi:

“Kelab telah membuat keputusan (memecat Montella) selepas aksi hambar pasukan yang belum lagi menang sejak kemenangan terakhir di Old Trafford pada 13 Mac lalu bersamaan dengan 9 perlawanan tanpa menang.”

“Montella mengambil alih jawatan pengurus pasukan pada akhir tahun 2017 dan melakukan debut dalam Copa Del Rey menentang Cadiz.”

“Daripada 28 perlawanan beliau kendalikan, beliau mencatatkan 11 kemenangan 7 seri dan 10 kalah.”

“Salah satu pencapaian terbaik dengan beliau adalah mara ke final Copa Del Rey dan menyingkirkan Atletico Madrid serta kemenangan bersejarah menyingkirkan Manchester United dalam suku akhir UCL.”

“Kekalahan paling teruk adalah pada final menentang Barcelona serta aksi kurang memuaskan dalam liga di mana hanya 19 mata daripada 16 perlawanan.”

“Montella mahu mengucapkan selamat tinggal kepada pemain dan peminat secara terbuka pada Ahad ini.”

Pemecatan ini adalah yang kedua musim ini untuk Montella yang sebelum ini turut dipecat AC Milan atas alasan yang sama iaitu faktor prestasi.

Sevilla dan Montella hanya bersama selama 4 bulan sahaja.

Bukan musim yang baik untuk Montella. Ke mana beliau selepas ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN