Bukan sahaja ia dianggap sebagai gol terhebat di dalam sejarah A-League di Australia, malah jaringan sepakan kala jengking oleh Riley McGree yang dianggap menakjubkan itu pasti bakal dicalonkan sebagai salah satu gol tercantik untuk anugerah Puskas FIFA.
McGree hanya berusia 19 tahun, menjaringkan gol cantik itu pada minit ke-56 perlawanan untuk membantu pasukannya Newcastle Jets menewaskan Melbourne City untuk layak ke Hyundai A-League 2018 Finals Series.
Kemenangan tersebut turut menyaksikan Newcastle Jets melangkah ke perlawanan akhir pertandingan berkenaan sejak kali terakhir melakukannya pada 2018.
Ketika Newcastle Jets ketinggalan kepada Melbourne City di perlawanan separtuh akhir itu, McGree menunjukkan skill individu yang menakjubkan untuk menghasilkan jaringan tersebut, cukup untuk membuatkan rakan sepasukan dan penyokong yang hadir kagum untuk menyaksikannya.
Beraksi secara pinjaman dari kelab Belgium, Clun Brugge, percubaan McGree menewaskan Ronnie Vargas di gawang Melbourne, untuk mengikat kedudukan.
Jaringan tersebut jelas menjadi inspirasi buat Newcastle Jets untuk mengharungi baku perlawanan, sebelum bangkit menewaskan Melbourne dalam perlawanan tersebut.
Gol kemenangan Newcastle dijaringkan oleh Jay Hoffman pada minit ke-75 perlawanan. Newcastle Jets akan berhadapan sama ada juara bertahan Sydney FC ataupun Melbourne Victory dalam perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung pada bulan hadapan.
Apa itu sepakan kala jengking?
Ia memang berasal dari perkataan scorpion ataupun kala jengking. Ianya sinonim dengan cara kala jengking melakukan penyudah ataupun execution dengan melibas ekor dari belakang kepala.
Sengatan itu sinonim dengan bisa ataupun produk akhir dalam sukan bola sepak. Scorpion kick mungkin sinonim dengan gol-gol menarik dari pemain penyerang seperti Ibrahimovic.
Namun populariti sepakan kala jengking ini sebenarnya lebih dimiliki oleh penjaga gol Colombia, Rene Higuita ketika perlawanan persahabatan di stadium terkemuka Wembley pada 1995.
Dalam perlawanan England menentang Colombia, Higuita menyelamatkan bola dengan showboating. Beliau menggunakan scorpion kick di atas garisan gol.
Ia adalah teknik melakukan penyudah (execution) dengan kaki melibas bola yang berada di belakang badan atau kepala. Ia memerlukan pemain mengagak bola dengan naluri dan vision play yang tinggi.
Kita saksikan video jaringan Riley McGree melalui pautan di bawah: