Marco Asensio menjaringkan gol kemenangan setelah dimasukkan menggantikan Isco. Lantas, media memuji pertukaran pemain oleh Zinedine Zidane yang dianggap pertukaran yang genius.
Tetapi pengendali dari Perancis tersebut enggan menerima kredit di atas perkara itu. Beliau merasakan Asensio dan kejurulatihan beliau lebih berhak mendapatkan kredit kerana melakukan tugas dengan baik ketika masuk menggantikan Isco.
Zidane tidak memasukkan Asensio kerana taktikal. Tetapi beliau memasukkan Asensio kerana menggantikan pemain yang cedera. Isco mengalami kecederaan di bahu beliua.
“Isco ada masalah dengan bahu beliau, dia memberitahu saya, dia rasa sakit dan tak selesa sejak dari awal lagi. Jadi, kami terpaksa melakukan pertukaran pada waktu rehat.”
“Dengan kecederaan yang dialami Isco, kami tiada pilihan lain dan terpaksa menggantikan beliau. Asensio masuk dan menjaringkan gol. Pasukan kejurulatihan saya yang mencadangkan agar Isco dikeluarkan.”
“Asensio tahu apa yang harus dilakukan bila ada bola dengan dia. Saya tak perlu berikan arahan yang banyak kepada beliau. Saya cuma memberikan beliau beberapa arahan untuk fasa bertahan.”
Zinedine Zidane juga mahu Real Madrid bermain lebih baik selepas ni. Ini kerana mereka tidak beraksi pada kekuatan maksimum.
Real Madrid menang 1-2 di Allianz Arena. Mereka bangkit daripada ketinggalan 1 gol hasil jaringan Kimmich. Marcelo dan Asensio menjadi watak penting kebangkitan Real Madrid dengan gol mereka.
Real Madrid dalam misi untuk mempertahankan UCL bagi kali ketiga berturut-turut. Perlawanan kedua adalah di Bernabeu.