Jurgen Klopp: Hormati AS Roma Dan Tidak Ulangi Insiden Terhadap Bas Pasukan Lawan

Jurgen Klopp

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp menasihat para penyokong setia The Reds untuk tidak melakukan provokasi dan tindakan yang sama seperti menanti kunjungan Manchester City pada perlawanan kedua peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah tempohari.

Pep Guardiola dan anak buahnya menerima sambutan dingin dari penyokong Liverpool selepas bas yang membawa pasukan tersebut diserang dengan balingan pelbagai objek ketika sedang menuju ke Anfield.

Insiden itu juga menyebabkan dua Pegawai Polis telah mengalami kecederaan.

Laporan turut menyebut bahawa pihak UEFA akan menjalankan siasatan terhadap perlakuan negatif yang dilakukan segelintir peminat setia Liverpool tersebut.

Pihak Liverpool bagaimanapun memberikan permohonan maaf kepada Manchester City di atas perkara yang tidak diingini itu sebelum sepak mula berlangsung.

”Saya fikir ianya sangat jelas, ketika di dalam stadium lakukanlah seperti tempohari (berikan sokongan dengan hebat) dan lebih baik.”

”Di luar stadium, sila tunjukkan rasa hormat yang sepatutnya kita tunjuk pada mereka.”

”Ini (Liverpool) adalah kelab bola sepak yang hebat, seperti keluarga bola sepak hebat yang terkenal dengan suasana hebat di serata dunia. Jadi, kami tidak perlu membaling sebarang objek terhadap bas pasukan pelawat.”

”Sila tunjukkan kepada mereka (Roma), penghormatan yang mereka layak dapatkan.”

”Kami hanyalah musuh ketika di dalam padang, itulah permainan. Bandar yang indah ini dapat membuktikan betapa indahnya ia,” jelas Jurgen Klopp lagi.

”Kami dapat membuktikan betapa hebatnya orang Liverpool, bandar dan semangat kelab ini, 20 minit sebelum perlawanan dan kemudiannya seluruh dunia akan tahu.”

Liverpool dan AS Roma akan membuat perhitungan pada pagi esok dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah di Anfield.

Foto: Independent.ie

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN