Manchester United mara ke final Piala FA Inggeris untuk kali ke-20 selepas menyingkirkan Tottenham Hotspur 2-1 di Wembley.
Manchester United are the second team in history to reach the FA Cup final on 20 occasions.
Arsenal were the first. 🔴 pic.twitter.com/58mTxdrxKg
— Squawka (@Squawka) April 21, 2018
Tottenham Hotspur terlebih dahulu di hadapan menerusi Dele Alli pada minit ke-11. Spurs bermula dengan sangat baik dalam perlawanan ini.
Namun begitu Alexis Sanchez menyamakan kedudukan pada minit ke-24. Beliau melakukan gol tersebut dengan tandukan bebas dalam keadaan pertahanan Spurs terlepas kawalan ke atas beliau.
Kredit untuk hantaran yang cantik dari Paul Pogba. Spurs hilang bila di sebelah kanan pertahanan mereka.
Jese Lingard terlepas 2 peluang keemasan dalam perlawanan ini.
Pada separuh masa kedua, Manchester United tampil dengan karakter lebih garang. Mereka menekan Spurs dan akhirnya mendahului pada minit ke-62 selepas Ander Herrera melakukan percubaan leret ke gawang Spurs.
Sanchez terlibat sekali lagi dalam gol ini sebagai pencetus kepada gol ini.
Manchester United terus menyerang ke kubu Spurs untuk memburu gol ke-3. Pochettino melakukan beberapa pertukaran dengan kemasukan Lamela dan Lucas Moura.
Namun ianya gagal memberikan impak lebih berkesan. Man. United kelihatan pasukan yang sentiasa berpotensi mendapat gol tambahan pada baki perlawanan ini.
Man. United mencipta 5 percubaan tepat, manakala Spurs hanya 2 percubaan tepat. Ianya sudah cukup menceritakan pasukan bimbingan Pochettino bergelut di ‘final third’.
Tamat perlawanan, Man. United menang 2-1 dan menyingkirkan Spurs dari saingan Piala FA 2018. Ini menjadikan Tottenham Hostpur sebagai satu-satunya pasukan setakat ini tewas dalam kesemua 8 separuh akhir terakhir mereka dalam Piala FA.
Manchester United akan menunggu pemenang di antara Chelsea menentang Southampton dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
Nikamitlah alunan piano ini dahulu sebagai pemanas badan sebelum ke final selepas ini.