Antonio Conte Mahu Chelsea Kekalkan Rentak Kemenangan Untuk Berada Di Kedudukan Keempat EPL

Chelsea

Pengurus Chelsea, Antonio Conte mahu anak buahnya meneruskan rentak kemenangan sekaligus berusaha untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini di tempat keempat.

Chelsea berjaya mencatatkan kemenangan 2-1 pada kunjungan ke Turf Moor awal pagi tadi untuk merapatkan jurang mata dengan Tottenham Hotspur yang berada ditangga keempat.

Kemenangan yang dicatatkan keatas Burnley itu bukan sahaja menjadikan jurang lima mata untuk mengejar Spurs, malah ianya mampu menjadi tonik berguna buat Chelsea menjelang pertemuan separuh akhir Piala FA bertemu Southampton pada Ahad ini.

”Kami beraksi pada perlawanan yang cukup penting,” kata Conte kepada Sky Sports. ”

”Tidak mudah untuk bertemu Burnley pada musim ini tetapi kami memberikan tekanan pada setiap saat permainan dengan penyerang kami.”

BURNLEY, ENGLAND – APRIL 19: Chelsea players celebrate after their sides first goal during the Premier League match between Burnley and Chelsea at Turf Moor on April 19, 2018 in Burnley, England. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

”Saya gembira untuk melihat persembahan ini tetapi untuk keseluruhan pasukan. Kami menunjukkan semangat yang hebat. Burnley menikmati musim yang hebat.”

”Untuk datang kesini dan menang dengan cara sebegini, tanpa melepaskan peluang adalah bagus. Kami perlu untuk mengekalkan cara ini dan cuba untuk menamatkan musim ini sebaik mungkin.”

”Kami perlu meneruskan kerja, melakukan kerja kami dan kemudiannya pada akhir musim, kelab perlu untuk melakukan keputusan dan pertimbangan yang betul.”

”Kami perlu fokus. Saya, pemain dan staff saya untuk menamatkan kedudukan yang terbaik dan berterusan seperti hari ini.”

”Sekarang kami perlu memulihkan tenaga untuk Wembley (Piala FA) dan cuba untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir.”

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN