Ricardo Kaka dianggap salah seorang perancang terbaik dalam generasi beliau. Kaka memiliki musim yang luar biasa ketika bersama dengan Milan.
Beliau berkongsi detik suka dan duka sepanjang karier beliau kepada UOL.
“Pada 2009, saya menerima tawaran dari Real Madrid. Namun selepas saya berhijrah ke sana, karier saya musnah sepenuhnya. Saya gagal mengembalikan aksi saya seperti di Milan.”
“Saya hilang arah. Di Itali, semua orang sukakan saya, di Sepanyol semua orang mahukan saya pergi. Tambahan pula, Jose Mourinho, dia sangat sukar untuk saya bekerjasama.”
“Saya selalu berharap akan mendapat peluang, tetapi ianya tak berlaku. Saya tiada peluang untuk buktikan prestasi saya.”
“Saya berlatih dengan bersungguh-sungguh dan bekerja keras. Saya cuba berusaha dan berdoa, tetapi tanpa seorang jurulatih yang percayakan saya, saya sedari, saya tidak boleh bekerja dengan beliau.”
“Saya gembira apabila ada peluang untuk meninggalkan Madrid dan kembali ke Milan, terutama sekali Mourinho menyatakan saya salah seorang pemain paling profesional yang pernah beliau bekerjasama.”
Ditanya kekalahan paling pahit dalam karier beliau. Kaka menjawab:
“Kekalahan paling teruk dalam karier saya adalah, final UCL menentang Liverpool. Itu malam paling sukar. Malam itu juga telah memberikan saya banyak pengajaran. Saya berlajar yang kita tidak mampu menentukan kemenangan dan kekalahan seorang diri.”
“Pasukan kami ketika itu adalah salah satu yang terbaik dalam sejarah Rossoneri, pertahanan terbaik pernah ada dan masih kami bolos 3 gol dalam 6 minit.”
Ditanya antara detik paling istimewa dalam hidup beliau, Kaka berkata:
“Ada sekali saya datang menyaksikan perlawanan UCL di antara Real Madrid dan Borussia Dortmund di San Siro. Apabila saya masuk ke padang, penyokong masih bersorak nama saya.”
“Saya agak emosi dan saya sedar, itulah suasana yang saya impikan, bersama dengan mereka di tempat duduk dan bersorak untuk pasukan.”
“Buat masa ini, saya tidak terfikir mahu menjadi jurulatih atau pengulas di TV. Saya mahu membantu Sao Paulo.”