Cristiano Ronaldo tidak pernah sesekali tidak suka akan Argentina. Media memainkan spekulasi, perseteruan beliau dengan Lionel Messi di atas padang adalah sebab hal itu berlaku.
Ronaldo sebelum ini menyatakan yang dia dan Lionel Messi mungkin tidak akan berkawan tetapi beliau sentiasa menghormati Lionel Messi sebagai seterunya.
Kedua-dua pemain ini adalah antara 2 pemain bola sepak terbaik dalam sejarah bola sepak.
Cristiano Ronaldo merakamkan satu video di instagram dan berkata:
“Saya sukakan Argentina. Teman wanita saya dari Argentina. Ramai yang tak tahu akan hal itu. Dia ada separuh Sepanyol dan separuh Argentina.”
“Ada segelintir pihak tuduh saya tak suka Argentina. Tetapi saya sukakan Argentina, sangat-sangat!”
Cristiano on Instagram Live: “My girlfriend is from Argentina. Many people don’t know that. Some people think I don’t like Argentina, but I do… A LOT.” pic.twitter.com/MupTeKjNXZ
— TheCristianoFan 🇵🇹 (@TheCristianoFan) April 17, 2018
Ronaldo merakamkan detik itu ketika bersantai dengan teman wanitanya, Georgina Rodriguez dan anak mereka, Alana Martina.
Georgina Rodriguez adalah model yang lahir di Sepanyol. Tetapi beliau ada darah kacukan Argentina.
Dalam temu ramah dengan XLSemanal, Georgina Rodriguez menyatakan beliau mungkin tidak akan menambah anak lagi dengan Cristiano Ronaldo.
Ini kerana dia merasakan dia perlu memberikan perhatian dengan anak yang mereka ada buat masa ini. Ronaldo sebelum ini pernah berseloroh memberitahu dia mahukan 7 anak dan 7 Ballon d’Or.