Shopee Piala FA: JDT Anggap Pertemuan Menentang Pahang Ibarat ‘Final’

Perlawanan suku akhir kedua Shopee Piala FA 2018 di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Pahang di Stadium Larkin Jumaat ini pasti menjadi tumpuan oleh para peminat bola sepak tempatan. Ia adalah perlawanan yang melibatkan 2 pasukan teratas liga super dan dianggap sebagai ‘final’.

Selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di suku akhir pertama, JDT tampak tidak berdepan masalah tatkala kesemua pemain bebas daripada kecederaan berbanding Pahang yang berdepan masalah kecederaan beberapa tonggak utama.

Sumber: JDT, Facebook.

Pengendali skuad Harimau Selatan, Raul Longhi berkata kepada Berita Harian, tempoh latihan empat hari berjalan lancar dengan fokus membentuk taktikal ampuh dan memperbaiki kelemahan.

“Kita menumpukan latihan taktikal dan pemain begitu komited kerana mereka tahu aksi menentang Pahang dalam saingan Piala FA ibarat pentas `final’, apatah lagi beraksi di laman sendiri.

“Saya akui kita akan berdepan lawan yang sukar memandangkan Pahang bukan calang-calang pasukan kerana mereka memiliki kekuatan tersendiri.

“Tetapi dalam bola sepak jika kita mmeberi persembahan terbaik dan fokus, tidak mustahil kita mampu melakar kemenangan namun harus berhati-hati supaya tidak melakukan kesilapan mudah.

“Ketika aksi suku akhir pertama di Kuantan, keputusan seri 0-0 dan sudah tentu aksi di Larkin menjadi penentu dan kami harus membuat persiapan rapi dan memberi keyakinan kepada pemain untuk turun melebihi 100 peratus dan memburu satu atau dua gol bagi mencipta kemenangan,” katanya.

Sumber: JDT, Facebook.

Raul Longhi dijangka akan menurunkan penyerang tempatan, Ahmad Hazwan Bakri dan Safawi Rasid berdepan skuad kendalian Dollah Salleh yang gemar beraksi dengan corak serangan pantas.

“Kita tetap bersedia jika perlawanan berlanjutan sehingga masa tambahan atau sepakan penalti, tetapi kalau boleh saya mahu ia berakhir dalam tempoh 90 minit dan memihak kepada JDT,” kata Longhi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN