Semangat para pemain skuad Perak The Bos Gaurus semakin membara selepas mencipta kemenangan 2-1 ke atas PKNP FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Batu Kawan, Ahad lalu.
Mereka kini mahu meneruskan rentak kemenangan dalam saingan suku akhir Piala FA menentang PKNS FC di Stadium Ipoh sabtu ini.
Pengurus Perak, Ahmad Shahrul Azhar Sofian optimis pasukannya mampu memadamkan kelebihan agregat dimiliki PKNS FC dalam saingan aksi suku akhir kedua nanti.
Beliau berkata kepada Bernama, keyakinan itu bersandarkan semangat dan ‘angin’ rata-rata pemain yang pada ketika ini berada pada tahap terbaik selepas
“Kalau kita dapat kekalkan rentak kemenangan seperti mana sebelum ini, saya rasa tiada sebab untuk kita tewas.
Kita sedar PKNS bukan calang-calang pasukan kerana memiliki pemain-pemain yang bagus, namun ia bukan alasan untuk kita meneruskan kemaraan jika pemain mengikut arahan yang ditetapkan jurulatih,” katanya.
Pada aksi suku akhir pertama di Stadium Shah Alam, 7 April lalu, The Bos Gaurus tewas 1-2 kepada PKNS FC menerusi jaringan Faris Ramli dan Mohd Safee Sali manakala gol tunggal Perak disumbangkan Wander Luiz.
Shahrul yang juga Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) berharap setiap pemain yang akan diturunkan nanti mempamerkan aksi penuh bertenaga bagi memburu slot ke separuh akhir.
“Semuanya di bawah bidang kuasa beliau dan sehingga kini apa yang diberitahu pada saya, semua pemain utama pasukan bebas daripada sebarang kecederaan,” katanya.
“Apa yang penting adalah hasil daripada para pemain itu sendiri dan kita rasa ini waktu terbaik untuk kita melangkah ke separuh akhir,” katanya.