Giroud Inspirasi Kebangkitan The Blues Untuk Terus Hidupkan Impian Ke UCL

Pemain-pemain Chelsea telah bertekad untuk mencuba apa sahaja untuk mara ke UCL musim hadapan dan mereka sedar mereka sudah tidak boleh kalah lagi.

Walaubagaimanapun, Dusan Tadic meletakkan Southampton di hadapan selepas menerima hantaran bekas pemain Chelsea, Ryan Betrand.

Chelsea kemudian menyerang Southampton dengan penguasaan bola hampir 60% pada separuh masa pertama. Namun sayangnya tiada percubaan tepat dilakukan dalam 45 minit daripada 10 percubaan ke arah gol.

Pada separuh masa kedua, Southampton banyak menyerap asakan Chelsea di barisan pertahanan dan cuba melancarkan serangan balas. Shane Long hampir menambah gol menerusi serangan balas, namun diselamatkan oleh Curtois.

Tidak lama selepas itu, Southampton 2 gol di hadapan menerusi jaringan pemain yang melaukan debut, Jan Bednarek.

Antonio Conte menukar formasi kepada bek berempat, memasukkan Olivier Giroud. Chelsea memberikan respon yang sangat baik.

Bekas bintang Arsenal tersebut menjaringkan gol menerusi tandukan, hasil umpanan Marcos Alonso. Ini adalah gol ke-4 Giroud dalam 5 kunjungan terakhir beliau ke St. Mary.

5 minit kemudian, Chelsea menyamakan kedudukan menerusi rembatan deras Hazard dari dalam kotak penalti.

Selang 3 minit daripada gol Hazard, Giroud sekali lagi menjaringkan gol. Kali ini beliau mengambil kesempatan daripada kekalutan di hadapan gol.

Chelsea kemudian berjaya bertahan dengan baik untuk memastikan mereka berjaya membawa pulang 3 mata berharga dari St. Mary meskipun diancam oleh percubaan bahaya pada masa kecederaan.

Chelsea kini dijarakkan dengan 7 mata daripada slot UCL setakat perlawanan ini tamat. Southampton berada di zon penyingkiran.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN