Eden Hazard Masih Tidak Menyerah Kalah Rebut Peluang Ke UCL

Eden Hazard

Chelsea kelihatan semakin pasti tidak akan melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim hadapan selepas skuad bimbingan Antonio Conte itu kini sekadar berada ditangga ke-5 dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Namun, bintang The Blues, Eden Hazard, beliau masih menaruh harapan dengan peluang pasukannya dalam saingan Eropah tersebut.

Chelsea hanya menang tiga perlawanan dalam 11 perlawanan EPL selepas memasuki tahun 2018 yang menyaksikan mereka semakin sukar untuk mencabar kedudukan empat pasukan teratas sehingga terlepas peluang untuk beraksi dalam saingan UCL musim hadapan.

Bagi pencapaian peribadi Eden Hazard, beliau telah menjaringkan 15 gol serta mencipta enam bantuan jaringan dalam semua kejohanan musim ini.

Ketika ditanya oleh wakil Sky Sports, adakah beliau gembira dengan persembahannya, pemain antarabangsa Belgium itu membalas: ”Untuk dua bulan terakhir, tidak, kerana keputusan perlawanan tidak bagus.”

”Saya tidak bermain bola sepak hanya untuk saya. Saya bermain untuk pasukan (Chelsea). Jika saya bermain bagus tetapi kami tidak memenangi perlawanan, saya tidak gembira. Itu sahaja.”

”Lebih baik buat saya untuk beraksi dengan sangat teruk dan akhirnya kami menamatkan perlawanan dengan kemenangan 1-0. Saya tidak suka statistik. Saya sudah lama bermain, jadi saya turun ke padang untuk menikmatinya.”

”Jika saya boleh menjaringkan gol, saya menjaringkan gol. Sekiranya saya boleh memberikan bantuan gol, saya memberikan bantuan gol. Tetapi saya mahu gembira di atas padang dan apabila anda menang, anda akan gembira dan apabila tidak memenangi perlawanan, anda tidak gembira.”

Chelsea kini ketinggalan 10 mata dibelakang Tottenham Hotspur yang berada ditangga ke-4 dalam misi untuk merebut peluang ke saingan UCL.

Mengulas peluang untuk mengejar Spurs, Eden Hazard masih belum mahu menyerah kalah dalam persaingan merebut tempat tersebut.

”Ianya sukar, sangat sukar tetapi ianya mungkin berlaku. Dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku.”

”Kami perlu percaya, kami juga perlu mempercayai antara satu sama lain dan cuba untuk memenangi semua perlawanan. Itu sahaja.”

”Kami mempunyai enam perlawanan lagi dalam saingan liga, jika kami menang keenam-enam perlawanan tetapi tidak berjaya menamatkan saingan di kedudukan empat teratas, sekurang-kurangnya kami telah memberikan segalanya. Tiada penyesalan.”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN