Kejayaan membawa Liverpool ke peringkat separuh akhir saingan Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan Manchester city semalam meningkatkan motivasi pengurus pasukan itu, Jurgen Klopp untuk membawa pasukannya memenangani satu Piala musim ini.
Namun begitu, beliau tetap tidak berani untuk menjadikan saingan Liga Juara-Juara sebagai kejuaraan pasukannya selepas 4 musim bersama Liverpool.
Pengendali Jerman berusia 50 tahun itu enggan tertekan dengan kemungkinan Liverpool bakal memenangi gelaran Eropah buat kali keenam walaupun mereka berjaya mengatasi kelab pendahulu Liga Perdana Inggeris itu menerusi agregat 5-1 di Etihad.
Pada musim pertamanya, Klopp membawa anak buahnya ke final Liga Europa tetapi tewas di tangan Sevilla tetapi kali ini, beliau akan berdepan lawan lebih berkualiti.
“Saya pernah berkata (sepanjang bergelar pengurus Liverpool) jika saya berada di sini untuk tempoh empat tahun, kami mungkin memenangi sesuatu,” kata Klopp.
“Kini, saya sudah dua tahun setengah di sini dan masih belum memenangi apa-apa. Masa semakin cemburu dengan saya.”
Klopp yang membawa Borussia Dortmund ke final Liga Juara-Juara 2013 sebelum tewas di tangan seteru dari Jerman, Bayern Munich, berkata adalah terlalu awal untuk mendakwa Liverpool kini setanding dengan kelab gergasi Eropah lain seperti Bayern Munich dan Real Madrid.
Bayern dan Real mungkin ditemui Liverpool di separuh akhir andai masing-masing menang. Peluang semua pasukan dilihat sama rata selepas AS Roma menyingkirkan Barcelona.
“Saya tidak berminat untuk membandingkan pasukan saya dengan yang lain. Barca, Bayern, Real Madrid semuanya pernah menang pelbagai kejuaraan sejak 20 tahun lalu,” kata Klopp.
“Anda tidak akan menjadi juara dalam tempoh seharian saja.”
Liverpool turut mempunyai sejarah menarik di Liga Juara-Juara terutamanya selepas mencipta kebangkitan menarik di final 2005 menentang AC Milan di Istanbul walaupun kelab gergasi Itali itu berjaya membalas dendam dua tahun kemudian.