Kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) sedikit gempar dengan rayuan jaringan yang diminta oleh penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane ketika perlawanan menentang Stoke City minggu lalu.
Pada mulanya jaringan tersebut diberikan kepada Christian Eriksen hasil sepakan percuma yang menewaskan Jack Butland di gawang Stoke City pada minit ke-63.
Namun, Kane mendakwa bola tersebut terlebih dahulu mengenai bahunya sebelum menerjah gawang Stoke City pada aksi yang berlangsung di Stadium Bet365 itu.
Kane yang sebelum itu telah menghasilkan 24 gol dalam saingan EPL kemudiannya membuat rayuan mengenai jaringan tersebut sehingga bersumpah atas nama anak perempuannya bahawa jaringan tersebut dihasilkan oleh beliau.
Usaha Kane ternyata membuahkan hasil setelah pihak Premier League menerima rayuan yang dilakukan penyerang antarabangsa England itu dan meningkatkan jumlah jaringan beliau kepada 25 gol.
Jaringan tersebut menjadikan Kane kurang 4 jaringan untuk mengejar Mohamed Salah yang kini memimpin carta penjaring terbanyak dengan 29 gol.
Sejurus mendapat pengkhabaran tersebut, Mohamed Salah memberikan reaksi di laman Twitter peribadi beliau terhadap keputusan yang didengarinya.
Wooooooow really ?
— Mohamed Salah (@MoSalah) April 11, 2018
Muat naik yang berbunyi ‘Wooooooow really ?’ itu telah mendapat reaksi balas dari rakan sepasukannya di Anfield seperti Simon Mignolet, Georginio Wijnaldum dan juga Trent-Alexander Arnold bagi menunjukkan rasa terkejut mereka terhadap keputusan yang dibuat Premier League itu.
Berikut adalah reaksi dari rakan sepasukan Salah:
🤦🏽♂️🤔
— Trent Alexander-Arnold (@TrentAA) April 11, 2018
— Gini Wijnaldum (@GWijnaldum) April 11, 2018
— Simon Mignolet (@SMignolet) April 11, 2018
Sementara itu dalam perkembangan yang sama, legenda England, Gary Lineker turut bergurau diatas keputusan pengesahan jaringan Harry Kane tersebut.
Mandzukic goal now being given to Harry Kane.
— Gary Lineker (@GaryLineker) April 11, 2018