Kita semua tahu yang Harry Kane mahu menuntut gol yang diberikan kepada Eriksen dalam perlawanan menentang Stoke minggu lalu.
Another great away win. Definitely claiming that goal, flicked off my shoulder on the way in. @GaryLineker and @alanshearer will clear that one up on @BBCMOTD 😀 #COYS #THFC #PremierLeague pic.twitter.com/jIDF7cLf3d
— Harry Kane (@HKane) April 7, 2018
Kami imbas kembali detik melibatkan seorang lagi pemain England, Michael Owen dan gol yang pernah dituntut beliau.
“Saya meraikan gol itu dan saya hairan melihat semua orang berlari ke arah Lampard untuk meraikan gol itu. Bola itu terkena pada kaki saya.”
Itulah kata-kata Owen ketika diminta memberikan komen kenapa beliau meraikan gol itu ke arah lain. England menang 2-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia di Old Trafford menentang Wales pada 2004.
Anda saksikan di sini, dan buat penilaian awal:
Bagi Owen, gol itu layak untuk diberikan kepada beliau. Lampard melakukan percubaan dari luar kotak penalti dan Owen mendakwa bola itu terbias pada kaki beliau yang memberikan impak kepada arah bola itu berubah mengejut.
Pengadil Terje Hauge menghadiahkan gol itu kepada Lampard. Owen tidak menuntut (claim) itu daripada pengadil ketika perlawanan dan beliau sendiri kemudiannya berlari meraikannya dengan Lampard.
Bercakap kepada wartawan, Frank Lampard pula berseloroh berkata beliau gembira untuk diberikan kredit di atas gol itu. Manakala Michael Owen turut akur. Owen berkata:
“Frank ada di sebelah saya, jadi saya tak selesa untuk terlalu mempertikaikan kredit itu.”
“Jujurnya bola itu terkena pada kaki (tumit) saya dan ada biasan (deflection) yang kuat. Bola itu kemudian terus ke arah gol.”
“Saya tak pasti bola itu lebih kuat ataupun perlahan setelah kena kaki saya dan menukar arah bola itu. Yang pasti ada ‘deflection’ yang kuat pada kaki saya.”
Anda saksikan di sini ulangan gol itu dengan ulang tayang (replay), dan anda buat penilaian akhir.
w0oqk from Ahmad Muzammil on Vimeo.
Jelas sekali Owen ada kes untuk gol ini. Namun beliau tidak menuntut gol itu daripada Lampard.
Owen dan Lampard masing-masing menuntut gol tersebut daripada FIFA selepas perlawanan itu. Sebulan selepas gol tu, pada Oktober 2004, FIFA memberikan gol itu kepada Lampard dengan sokongan daripada pengadil perlawanan.