Javier Hernandez Terus Jadi Igauan Ngeri Di Stamford Bridge

Chelsea pernah beberapa kali dikaitkan dengan pemain ini dahulu termasuk pada pra musim ini. Namun Javier Hernandez tidak pernah menjadi pemain Chelsea sebaliknya beliau menjadi igauan kepada Stamford Bridge.

Fakta yang kita semua harus tahu, 4 kali Javier Hernandez masuk sebagai pemain simpanan, 4 kali juga beliau menjaringkan gol termasuk gol beliau semalam.

Perlawanan derbi London di antara Chelsea dan West Ham dimulakan dengan upacara penghormatan kepada legenda Chelsea, Ray Wilkins yang meninggal dunia pada minggu lalu.

Chelsea bermain baik dan mencipta beberapa peluang. Mereka mendahului menerusi jaringan Azpilicueta yang menyudahkan peluang dalam keadaan kucar-kacir di hadapan gol West Ham.

Azpilicueta mendedikasikan gol itu kepada mendiang Wilkins dengan mencium lencana kelab. Chelsea gagal untuk menambah sebarang gol selepas itu dan kelihatan hampir pasti menamatkan perlawanan dengan 1-0.

Ini selepas West Ham dilihat bergelut untuk bermain di kawasan serangan. Arnautovic tidak mendapat sokongan dan servis yang berkualiti daripada pemain tengah.

Pada minit ke-70, Chicharito masuk. Hanya 2 minit di atas padang beliau menjaringkan gol selepas menerima umpanan ‘cut back’ daripada Arnautovic.

Sebagai rekod Hernandez sudah menjaringkan gol ke gawang Chelsea dalam semua pertandingan termasuk UCL di dalam karier beliau. Musim yang sukar untuk beliau musim ini, tetapi menjaringkan gol ke gawang Chelsea bukan salah satu daripada masalah beliau.

Keputusan seri ini meletakkan Chelsea 10 mata daripada kedudukan slot UCL. Kegagalan layak ke UCL akan membuatkan Conte berpotensi hilang jawatan beliau pada musim hadapan.

Manakala untuk West Ham, ianya 1 mata yang sangat berharga bagi terus menjarakkan diri daripada zon penyingkiran.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN