Dollah Anggap Peluang Pahang Ke Separuh Akhir Piala FA 50-50

Peluang skuad Tok Gajah untuk mara ke separuh akhir Shopee Piala FA 2018 dilihat masih samar setelah terikat tanpa jaringan dengan juara Liga Super 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Makmur kelmarin.

Bagi pengendali skuad itu, Dollah Salleh berkata kepada Berita Harian, beliau mahu para pemainnya meningkatkan prestasi sebelum bertandang ke Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, untuk saingan suku akhir kedua pada 20 April ini.

“Segalanya serba tidak menjadi pada perlawanan ini (malam tadi) kerana lebih banyak memberi ruang kepada lawan, khususnya pada separuh masa pertama.

“Pemain seolah-olah hilang keyakinan dan gagal mengawal permainan hingga membenarkan pemain tengah yang diketuai Safiq Rahim bergerak bebas.

“Namun, kita bernasib baik kerana segala yang dilakukan JDT berjaya disekat kerana hanya dua percubaan berbahaya dapat dilakukan,” katanya.

Dollah turut mengakui ketiadaan penyerang import dari Liberia, Forkey Doe yang terpaksa berehat panjang akibat kecederaan lutut memberi kesan kepada corak serangan pasukan itu.

Mereka kini terpaksa bergantung kepada Patrick Cruz yang juga dilanda kecederaan.

“Pada masa sama, Patrick Cruz juga tidak dapat bermain dengan baik kerana kecederaan paha kiri yang dialami masih belum pulih.

“Cruz juga dilihat kecewa tetapi saya yakinkan kepadanya masih ada masa untuk pulih sepenuhnya apabila bertemu pada suku akhir kedua nanti.

“Apa yang perlu dilakukan adalah meningkatkan lagi kualiti permainan terutama mengukuhkan jentera tengah, kerana Nor Azam Azih yang menjadi nadi pasukan gagal beraksi dengan baik.

“Azam juga banyak dibantu Safuwan Baharudin untuk memastikan lawan tidak menjaringkan gol,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN