Suku Akhir UCL 2017/18: Liverpool Beri Tamparan Hebat Buat Manchester City

Liverpool

Liverpool memberikan tamparan hebat buat Manchester City dalam usaha mencatatkan kejuaraan ‘treble’ selepas berjaya mencatatkan kemenangan 3-0 dalam aksi pusingan suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Anfield awal pagi tadi.

Tiga gol yang dijaringkan pada babak pertama itu memberikan kelebihan buat anak buah Jurgen Klopp menjelang perlawanan timbal balik di Stadium Etihad nanti.

Aksi yang serba tidak menjadi dipamerkan oleh pasukan yang merupakan pendahulu Liga Perdana Inggeris itu.

The Cityzens gagal untuk mencipta sebarang percubaan tepat ke kubu Liverpool pada perlawanan ini.

Penjaring terbanyak Liverpool musim ini, Mohamed Salah menceriakan penyokong tuan rumah seawal minit ke-12.

Pemain antarabangsa Mesir itu berjaya menyempurnakan peluang selepas pemain pertahanan Manchester City gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Liverpool
LIVERPOOL, ENGLAND – APRIL 04: Mohamed Salah of Liverpool scores his sides first goal during the UEFA Champions League Quarter Final Leg One match between Liverpool and Manchester City at Anfield on April 4, 2018 in Liverpool, England. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Ketika skuad bimbingan Pep Guardiola cuba untuk kembali bangkit menyamakan kedudukan, giliran Alex-Oxlade Chamberlain terus menghukum pasukan pelawat dengan ledakan padu dari luar kotak penalti bagi menewaskan penjaga gol, Ederson Moraes pada minit ke-21.

Berselang 10 minit kemudian, Liverpool terus menambah duka buat Manchester City apabila Sadio Mane pula menemui sentuhan jaringan.

Mane yang menerima umpanan dari Salah ternyata tidak melepaskan peluang keemasan tersebut untuk menanduk masuk bola untuk jaringan ketiga buat The Reds.

Memasuki babak kedua, Guardiola memasukkan Raheem Sterling yang merupakan bekas pemain Liverpool bagi menambah bisa jentera serangan Manchester City.

Namun, semuanya masih belum mampu untuk menghalang kemenangan 3-0 yang dicatatkan oleh Liverpool sebagai bekalan berguna buat Jordan Henderson dan rakan sepasukan pada perlawanan kedua di Manchester nanti.

Dalam pada itu, menurut statistik yang dikeluarkan Opta, Liverpool mengekalkan rekod tanpa kalah di laman sendiri dalam 15 aksi di saingan Eropah sejak Oktober 2014 (tewas 0-3 bertemu Real Madrid). Mereka mencatatkan 10 kemenangan dan 5 keputusan seri.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN