Tan Cheng Hoe: Bukan Jumlah Jaringan Gol Yang Diburu Tetapi Kemenangan

Malam ini skuad kebangsaan akan menentang Bhutan dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Walaupun skuad kebangsaan Bhutan dibarisi oleh pemain yang berstatus semi professional, namun bagi pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe tidak mahu anak buahnya memandang rendah pada lawannya itu.

Beliau menjadikan keputusan seri 2-2 ketika menentang Mongolia sebagai pengajaran dan mahu fokus untuk menamatkan badi tanpa kemenangan selepas 12 perlawanan terakhir skuad Harimau Malaya.

“Apa yang penting kita harapkan kemenangan. Bukan kemenangan besar kerana setiap perlawanan adalah berbeza. Jadi, saya harap pemain tidak memandang mudah terhadap kemampuan Bhutan.

“Kita dahagakan kemenangan kerana sudah lama kita tidak menang dalam perlawanan di peringkat antarabangsa. Saya harap pemain boleh teruskan momentum seperti ditunjukkan ketika berdepan Lubnan tempohari,” katanya kepada Berita Harian.

Kali terakhir skuad Harimau Malaya mencatat kemenangan adalah ketika menewaskan Kemboja 3-2 pada aksi peringkat kumpulan dalam saingan Piala AFF Suzuki di Yangon, 20 November 2016.

Cheng Hoe juga dijangka tidak akan melakukan rombakan pemain besar-besaran dan mungkin akan mengekalkan barisan yang sama ketika aksi kelayakan Piala Asia berdepan Lubnan, Selasa lalu.

“Kemungkinan saya hanya akan buat dua atau tiga perubahan saja, bukan semua kita tukar. Kita juga akan beri peluang kepada pemain yang belum beraksi pada pertemuan dengan Lubnan tempoh hari,” katanya.

Skuad Harimau Malaya gagal melayakkan diri ke Piala Asia 2019 selepas tewas dalam semua perlawanan dan hanya mencatat satu keputusan seri berdepan Hong Kong.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN